
PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA
SIARAN MEDIA 20 FEBRUARI 2012
MAKLUMAT PENJUALAN TIKET
Adalah dimaklumkan, Persatuan ini telah menetapkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan Perlawanan Kelayakkan Olimpik 2012 di antara Malaysia dan Jepun adalah RM40 (Tempat duduk utama), RM20 (Terbuka) dan RM5 (Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun).
Tiket-tiket akan dijual di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Rabu 22 Februari 2012, mulai jam 5.30 Petang. Perlawanan akan bermula jam 9.00 malam.
Selain itu, peminat-peminat boleh membeli tiket-tiket di lebih 850 Kedai Mesra Petronas di seluruh negara. Hanya tiket-tiket berharga RM40 dan RM20 sahaja dijual di Kedai Mesra Pertonas.
Perkhidmatan ini disediakan oleh FAM dengan kerjasama TicketHotline, e-pay dan Petronas.
Peminat juga boleh membeli tiket secara on-line dengan melayari www.tickethotline.com.my
Persatuan ini memohon kerjasama pihak media untuk menyiarkan maklumat di atas sebagai panduan kepada peminat-peminat yang ingin menyaksikan Perlawanan ini.
Sekian, terima kasih.
News & Media 

