PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA

JEMPUTAN MEDIA 12 APRIL 2012
SIDANG MEDIA DAN MAJLIS UNDIAN PERTANDINGAN PIALA BELIA B-19 TAHUN 2012
Adalah dimaklumkan, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan ini akan diadakan Mesyuarat pada Khamis, 12 April mulai jam 2.30 petang di Wisma FAM.
Sehubungan itu, Persatuan menjemput pihak media untuk meliputi Sidang Media dan Majlis Undian Pertandingan Piala Belia B-19 Tahun 2012 yang akan diadakan seperti pada ketetapan berikut:
TARIKH: Khamis, 12 April 2012
MASA: 4.15 Petang
TEMPAT: Bilik Liga Super, Tingkat 3, Wisma FAM
Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
News & Media 

