MALAYSIA vs SINGAPURA
(Di Jalan Besar Stadium. 7.45 Malam di 8 Jun 2012)
Harga tiket-tiket bagi menyaksikan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa antara Singapura dan Malaysia adalah seperti berikut:
Tempat duduk utama : SGD 18.00
Galeri : SGD 10.00
FA Singapura menyediakan 50 Tempat Duduk Utama dan tiket 450 Galeri untuk dijual kepada peminat-peminat Malaysia.
FAM akan memesankan tiket-tiket berkenan bagi peminat-peminat mulai Rabu, 6 Jun 2012, di Wisma FAM di Kelana Jaya.
TAMAT PENJUALAN TIKET KHAMIS(7.6.2012) PADA JAM 5 PETANG
PANDUAN KEPADA PEMINAT
Berikut adalah Panduan untuk peminat-peminat yang ingin menyaksikan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa antara Singapura dan Malaysia di Stadium Jalan Besar pada Jumaat, 8 Jun 2012.
1. Peminat-peminat Malaysia diminta masuk ke Stadium melalui Pintu 1 di Tempat Duduk Timur (East Stand).
2. Tempat duduk yang ditentukan ini akan mempunyai tanda yang jelas dan Petugas Keselamatan akan membantu para peminat pada perlawanan.
3. Sila ambil perhatian bahawa peminat-peminat dilarang membawa sebarang alat muzik kecuali alat yang menjadi bahagian rasmi Fan Club.
Sila lampirkan gambar alat muzik supaya pihak penganjur boleh terlebih dahulu sebelum diterima atau sebaliknya.
4. Kelab Penyokong diminta mengemukakan maklumat kelab melalui email dengan menyatakan nama ketua rombongan, dan nombor telephone .
5. Jika peminat-peminat yang menaiki bas, maklumkan kepada FA Singapura nombor bas dan numbor talipon pemandu.
6. Email FA Singapura ialah This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , number telephone ialah (65) 62931477 dan Fax: (65) 6593372.
Sekian.


