
Perlawanan Sulung Harimau Muda C di Hong Kong.
Kempen Harimau Muda C pada kejohanan jemputan 4 negara di hong kong bermula hari ini apabila berdepan pasukan tuan rumah bawah 18 tahun di Stadium Nasional Hong Kong. Ini juga merupakan pengalaman pertama anak buah kendalian jurulatih aminuddin hussin berdepan pasukan dari luar negara.
Walaubagaimanapun pertahanan skuad negara diuji dengan kekuatan pasukan tuan rumah menerusi gol pada minit ke-35. Namun ia tidak sedikit pun melunturkan semangat barisan negara untuk bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-47 menerusi sentuhan Syafiq Khor.
Kembali selepas rehat, kedua-dua pasukan gagal mengubah kedudukan sekaligus menjadikan kedudukan satu sama kekal sehingga tamat perlawanan.
Untuk perlawanan kedua selasa ini, skuad kendalian Aminuddin hussin ini akan turun bertemu pasukan Singapura bawah 18 tahun pada jam 1.30 petang waktu tempatan.


