Perlawanan yg berlangsung pada 15 Februari 2011 menyaksikan kemenangan memihak kepada pasukan Harimau Muda "B" selaku tuan rumah bertemu KL Pos Malaysia FC.
Gol pendahuluan yang dijaringkan KL Pos Malaysia FC melalui sepakan penalti menyaksikan hanya 1-0 sehingga separuh masa tamat. Pada separuh masa kedua pula, Harimau Muda "B" tampil mengganas apabila cubaan demi cubaan dibuat. Namum hanya pada minit ke 80 baru berjaya menyamakan kedudukan satu sama. Namun hanya berbaki kan masa 10 minit lagi, Harimau Muda "B" berjaya menjaringkan gol lagi dengan mendahului 2-1.
Sehingga wisel penamat ditiupkan, jaringan gol tidak berubah dengan keputusan penuh 2-1.