Skuad bawah 17 tahun kebangsaan menurunkan kombinasi baru dengan menggunakan pemain-pemain gantian untuk beraksi menentang Pahang dalam kempen Piala Presiden di Padang MSN petang semalam.
Turun dengan strategi untuk memberi tekanan awal kepada pihak lawan pada bahagian tengah, taktik ini membuahkan hasil pada minit ke-35 apabila Muhammad Hanif B Muhammad Dzahir merembat dari luar petak penalti. Belum sampai seminit kemudian bola yang dikutip untuk dimainkan semula direbut untuk memberi peluang kepada Muhammad Ridzuan melambung bola dari bahagian tengah padang.
Kemenangan kelima Skuad U17 semalam cukup untuk mengekalkan mereka di teratas kumpulan B. Minggu lepas mereka menewaskan Negeri Sembilan di Paroi dengan jaringan 2-1. Mereka akan bertemu Melaka pada 14 Mac ini.
Kemenangan ke-5 Skuad U17
Published in
Under 17