Hari ini - 21 Mac, Skuad U17 bakal menentang pasukan yang berada dikedudukan kedua kumpulan B, PKNS. Walaupun ditinggalkan 6 mata oleh Skuad U17, PKNS kelihatan cukup berbisa di hadapan gol lawan apabila menjaringkan 18 gol daripada 7 perlawanan. Namun rekod PKNS berjaya dicemari oleh N.Sembilan dan MP Muar yang mengalahkan mereka.
Perlawanan jam 4.45 di Padang PKNS petang ini dilihat sebagai ujian sebenar kepada barisan pertahanan anak buah Aminuddin Hussin apabila mereka bakal diuji oleh beberapa orang pemain PKNS yang juga bekas pemain Harimau Muda seperti Norhahmie Hadzrin, Mohd Atif Hanif dan Alyy Imran Samakhan.
Pada perlawanan menentang sarawak barisan muda negara kelihatan agak goyah pada separuh masa pertama apabila pasukan Sarawak kerap mengancam kubu pertahanan mereka melalui hantaran lintang. Sarawak memperolehi hasil pada minit ke-38 berpunca dari tendangan penjuru.
Pada separuh masa kedua, Skuad U17 menyusun semula permainan untuk mejaringan 4 gol bagi membenam tentangan pasukan bumi kenyalang.
