7 PASUKAN LULUS LESEN KELAB UNTUK LIGA SUPER 2018

2017-09-07

Sebanyak 7 daripada 12 pasukan yang beraksi pada Liga Super 2017 telah lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018.

 Perkara ini telah diputuskan pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 24 Ogos 2017.

 Tujuh pasukan berkenaan adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Pahang FA, Perak FA, PKNS FC, Penang FA, Selangor FA dan T-Team FC.

 Daripada 7 pasukan di atas, 4 daripadanya iaitu JDT, Pahang FA, PKNS FC dan Selangor FA turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018, jika layak.

 Sementara lima pasukan Liga Super 2017 yang lain iaitu Felda United FC, Kedah FA, Kelantan FA, Melaka United SA dan Sarawak FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen kelab FAM & AFC kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan.

 Untuk makluman, bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.

 Bagi pasukan-pasukan yang gagal, mereka telah pun diberikan surat pemakluman dan masih boleh merayu untuk mendapatkan lesen kelab seperti dinyatakan dalam Artikel 3.4.2 Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 yang mana rayuan mereka dijadualkan akan didengar dalam masa terdekat.

 Lesen kelab FAM & AFC yang dikeluarkan ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2018 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.

 Saya bagi pihak FAM selaku pihak yang memberikan lesen kelab ini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya memperoleh lesen kelab FAM & AFC ini di atas usaha individu-individu dalam pasukan masing-masing yang telah memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan permohonan mereka berjaya.

 Ini merupakan tahun penting dalam permulaan kita membangunkan pelesenan kelab ini yang mana kita telah menetapkan setiap pasukan yang ingin bertanding dalam saingan Liga Super 2018 serta pertandingan peringkat AFC bagi tahun 2018 perlu memiliki lesen kelab.

 Saya juga berbangga dengan usaha dan komitmen semua pasukan terlibat kerana ia satu cabaran yang besar memandangkan kebanyakan pasukan melalui proses permohonan lesen kelab ini buat pertama kali dan mereka berjaya melepasi enam kriteria utama yang telah ditetapkan itu.

 

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)                       

 

-----

 

7 TEAMS PASSED CLUB LICENSE FOR 2018 SUPER LEAGUE

 

7 out of the 12 teams competing in the 2017 Super League have passed and been granted  the Football Association of Malaysia (FAM) club license therefore enabling them to compete in the 2018 Super League.

 This decision was made during the FAM Club Licensing First Instance Body (FIB) that was chaired by Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif on the 24 August 2017.

 The seven clubs that were granted license are Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang FA, Perak FA, PKNS FC, Penang FA, Selangor FA and T-Team FC.

 From the 7 teams mentioned above, four of the teams which are JDT, Pahang FA, PKNS FC and Selangor FA were also granted the Asian Football Confederation (AFC) club license therefore enabling these teams to compete in the 2018 AFC Champions League or 2018 AFC Cup, should they qualify.

 Meanwhile the other 5 teams in the 2017 Super League which are Felda United FC, Kedah FA, Kelantan FA, Melaka United SA and Sarawak FA were refused license for failure to fulfil the criteria that was required.

 In order for the team to be granted a license they would have to be assessed in six key criteria, namely: Sporting, Infrastructure, Personnel & Administration, Legal, Financial and Business which is stated in the FAM Club Licensing Regulations Edition 2017.

 The FAM and AFC club license is valid for one season only for the 2018 season and throughout the season, if any team is found to have violated articles contained in the FAM Club Licensing Regulations Edition 2017 or have outstanding cases related to FIFA and AFC, their club license may be withdrawn.

 I on behalf of the FAM as the licensor wishes to congratulate the teams that have successfully obtained the respective FAM club license and AFC club license and acknowledge the efforts of the individuals in their respective teams who have spent time and giving full commitment to ensure their application is successful.

 It has been a landmark year in the continuing development of the Club Licensing process with the introduction of mandatory licensing for those clubs seeking to participate in the AFC and Super League competitions for the 2018 season.

 I am also proud of the efforts and commitment of all the teams involved and it is was a big challenge for the teams to undergo the club license application process for the first time and they have successfully passed the six key criteria that have been set.

 

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Football Association of Malaysia (FAM) General Secretary