ANUGERAH AFC PENGIKTIRAFAN UNTUK FAM

2018-09-12

FAM menerima pengiktirafan apabila diumum sebagai pemenang Anugerah Dream Asia AFC 2018 dalam kategori Pembangunan di AFC House hari ini.

FAM menerima anugerah ini selepas memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu berjaya mempamerkan contoh terbaik dalam menyampaikan inisiatif tanggungjawab sosial kepada masyarakat menerusi pelbagai program di peringkat akar umbi yang menerapkan unsur pemakanan seimbang, bengkel dan kursus kejurulatihan serta program kemasyarakatan sehingga Julai 2018. 

Dalam menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AFC atas anugerah itu, Presiden FAM, YH Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, percaya pengiktirafan berkenaan harus mencetus semangat kepada kakitangan Jabatan Teknikal, khususnya, dan semua anggota pentadbiran FAM, secara amnya, dalam membangunkan bola sepak dari peringkat asas.

“Satu penghormatan buat kami dalam menerima anugerah ini. Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama kami untuk komitmen dan sokongan yang  berterusan,” katanya.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam,menambah FAM berjaya menepati intipati tema anugerah Dream Asia iaitu melakukan perubahan untuk kebaikan bola sepak.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial  AFC, Sardor Rakhmatullaev kepada Stuart.

“Terima Kasih AFC. Anugerah ini pastinya akan menaikkan lagi FAM dalam memperbaiki mutu pembangunan remaja,” katanya.

Ketua Unit Akar Umbi FAM, Samuel Siew berharap menerusi anugerah ini, FAM akan melangkah lebih baik dalam setiap sudut.

“FAM percaya, akar umbi dan tanggungjawab sosial saling berkait rapat maka bersama Presiden FAM Dato’ Haji Hamidin, Stuart dan pengarah teknikal, Peter De Roo, kami mempunyai pelan tindakan yang jelas untuk Malaysia.

“Anugerah ini juga menandakan bermulanya pembangunan akar umbi di Malaysia dan pengiktirafan ini akan menaikkan semangat kita untuk saling bekerja sama  dengan rakan gabungan dalam menggunakan bola sepak sebagai pemangkin dalam mendidik, menggilap bakat dan menyelesaikan masalah di kalangan generasi baru pemain muda di Negara ini,” katanya.

----

AFC AWARD A RECOGNITION FOR FAM

Football Association of Malaysia (FAM) has earned recognition by claiming this year’s Developing Member Association category of AFC 2018 Dream Asia Award.

The award, handed over to FAM at the AFC House today, was a form of recognition for FAM for having fulfilled the criteria of showing exemplary dedication in delivering social responsibility initiatives in the community through grassroots football programmes, incorporating elements of nutrition, workshops, programmes and community coaching courses up until July 2018.

In expressing his gratitude to AFC, FAM President, YH Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, believes the award would spur the technical department, specifically and the whole FAM set-up in general, to develop strong fundamentals at grassroots level.

“We are very honoured to receive this award. We would like to thank our collaborative partners as well for their undying commitment and support," he said.

FAM general secretary, Stuart Ramalingam, added by getting the award, FAM has captured the essence behind the Dream Asia theme, which stands for changing lives for the better through football. 

The award was given away by AFC Social Responsibility Committee Deputy Chairperson (Developing MA Category), Sardor Rakhmatullaev to Stuart.

“Thank You AFC. The award definitely will boost FAM to improve better in a way that we can implement youth development beyond simply ticking boxes,” he said.

FAM head of grassroots, Samuel Siew, was hopeful the award would signify a step in FAM's journey in developing the game through the masses.

“FAM believes grassroots and social responsibility comes hand in hand, thus, together with the FAM president, Dato’ Haji Hamidin, Stuart and  technical director Peter De Roo, we have a clear grassroots roadmap for Malaysia. 

“This award marks the new dawn of grassroots development in Malaysia and the recognition will only spur us on to work together with our affiliates to use football to educate, develop character and problem-solving skills among the next generation of young players in the country,” he said.