News Archive: October 2010

Skuad Harimau Muda B (U19) Cemerlang di Vietnam

Harimau Muda bertandang ke kejohanan Newspaper Cup Bawah 21 Tahun di Ho Chi Minh, Vietnam tanpa menaruh harapan yang tinggi. Ismail Ibrahim terpaksa membentuk skuad hasil gabungan  bekas pemain Harimau Muda A yang tidak terpilih menyertai kem latihan di Slovakia. Skuad bawah 17 tahunnya pula tidak ikut serta kerana persiapan menghadapi peperiksaan SPM. Mahu tidak mahu bekas ketua pasukan Selangor ini terpaksa menggunakan khidmat 7 pemain bawah 16 tahun untuk membawa cabaran di kejohanan Newspaper Cup.

Harimau Muda vs Puchov (2-0)

Rentak kemenanangan terus dicipta oleh Pasukan Harimau Muda A pada kem latihan di Slovakia ini apabila menewaskan FK Puchov 2-0 petang tadi. Sebelum perlawanan bermula kedua-dua pasukan telah bertafakur selama satu minit bagi menghormati kematian bapa kepada Gurusamy yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Harimau Muda A vs Lucenec (3-1)

Setelah berguru lebih kurang 50 hari di Zlate Moravce, Slovakia, akhirnya pasukan Harimau Muda mencapai kemenangan pertama menentang pasukan yang berada ditangga ke-3 liga 1 Solvakia, Lucenec malam tadi.

Harimau Muda kehilangan 10 pemain apabila  9 pemain utama dipanggil untuk latihan bersama pasukan kebangsaan manakala Mohd Affize Faisal B Mamat kembali menziarahi pusara bapanya yang baru meninggal, Harimau Muda terpaksa juga menurunkan pemain yang belum pulih sepenuhnya dari kecederaan Wan Zack Haikal dan Abdul Shukur B Jusoh.

Malaysia U16 vs Kuwait U16 (4-0)

Bukit Jalil,23 Okt - Skuad U16 Kebangsaan melayan kunjungan Skuad U16 kuwait yang dalam rangka persiapan menyertai Kejohanan AFC U16 
di Uzbekistan Oktober depan. Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi, pasukan U16 membenam pasukan lawan 4 gol tanpa balas. 
Malaysia mendahului pada minit ke-9 melalui tendangan penalti Nik Syafiq Syazwan. Kemudian Muhd Akmal Ishak menguis masuk bola yang gagal 
ditangkap kemas penjaga gol Kuwait pada minit ke-38.

MEMBUAT KEPUTUSAN KRITIKAL

PENDAHULUAN

Apabila keputusan Pengadil adalah berdasarkan pendapatnya, kebolehan untuk melaksanakan keputusan sedemikian untuk menghukum, bergantung kepada tindakbalas pemain. Jika anda boleh lakukannya dalam sekelip mata, dan melakukannya dengan tegas, iaitu ia perlu dilihat sebagai betul pada masa itu (walaupun orang lain mungkin berkeputusan berlainan) – bolasepak adalah sesuai untuk anda (Julian Carosi).

Harimau Muda vs Zemplin Michalovce (0-2)

Pasukan lawan mendahalui pada minit ke-20 melalui Brasen Michal apabila mendapat lorongan kemas daripada pemain import pasukan lawan, Gamkrelidze Georgil yang berasal daripada Serbia setelah beliau membuat larian solo melepasi barisan pertahanan yang di ketuai oleh Mohd Faizal Muhammmad. Pasukan lawan menambah jaringan pada minit ke-33 menerusi tendangan penalti yang disudahi oleh Janek Ivan apabila bola lorongan daripada sebelah kanan pintu gol Malaysia terkena tangan Mohd Faizal di dalam kotak penalti.

Grassroots Development Programme

Grassroots Development Programme is an initiative done by the Women’s Department of FAM to promote and encourage girls to have passion towards playing football at school level. The participation of schools would help to build a bigger base of young girls being trained and exposed to football at an early age in order to build a more potential and stronger national team to participate at international tournaments in the future.

Harimau Muda Mengikat Liptovsky Mikulas

Walaupun tanpa 8 tonggak utama Harimau Muda A hampir mengejutkan Liptovsky Mikulas namum hasrat mereka dihalang oleh sepakan percuma pada minit-minit akhir permainani. Harimau Muda A berjuang tanpa 8 pemain utama yang dipanggil balik oleh K. Rajagobal. Bertambah parah apabila pemain veteran HM Abdul Shukur Jusoh tidak dapat beraksi kerana demam.