Skuad wanita kebangsaan telah selamat tiba di Ho Chi Minh, Vietnam bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Sukan Wanita AFF 2015 yang akan bermula pada 1 hingga 10 Mei nanti.
Pasukan bimbingan ketua jurulatih Asyraaf Abdullah itu bakal memulakan saingan Kumpulan B dengan menentang Filipina (2 Mei), Vietnam (4 Mei) dan Myanmar (6 Mei).