News Archive: September 2015

SENARAI 23 PEMAIN KE KELAYAKAN KEJUARAAN B-19 AFC 2016 DI CHINA

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras ke saingan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 di Jiangsu, China dari 2 hingga 6 Oktober ini.

Rangkuman siri perlawanan persahabatan skuad futsal Malaysia

Skuad futsal kebangsaan kendalian Marcelo Serpa menamatkan aksi siri perlawanan persahabatan dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Lebanon di Kompleks Sukan Negara (Panasonic), Shah Alam, malam tadi (28 September 2015).

Muhammad Akmal Yazadh muncul wira apabila meledak dua gol manakala Mohd Ridwan Bakri, Mohd Khairul Effendy dan Muhammad Shamar Fadzil masing-masing melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia.

Senarai 23 pemain Harimau Malaya bertemu Laos, Timor Leste

Berikut senarai 23 pemain dipanggil jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 4 Oktober (Ahad ini).

 Ia bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Laos di Stadium Thai Army, Bangkok, Thailand pada 8 Oktober dan perlawanan kelima Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Timor Leste di Stadium Perbandaran Dili, Dili pada 13 Oktober.

KENYATAAN RASMI PENGERUSI JKPT FAM BERKENAAN KETETAPAN BAHARU BERHUBUNG ISU JEREBU DI VENUE PERLAWANAN

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini memutuskan untuk meneruskan ketetapan bahawa perlawanan Piala Malaysia 2015 akan ditunda secara serta merta ke tarikh lain jika didapati bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di venue terlibat melebihi 150 pada hari perlawanan berkenaan.

PM3: Pulau Pinang benam juara bertahan

Selepas cemerlang meraih dua kemenangan berturut, juara bertahan, Pahang tewas 4-1 kepada Pulau Pinang pada perlawanan ketiga TM Piala Malaysia 2015 di Stadium Bandaraya, malam tadi.
 
 Namun skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu masih kekal menerajui tangga teratas Kumpulan D dengan 6 mata diikuti Pulau Pinang (4), PKNS FC (3) dan PDRM (1).
 

Malaysia tempat ke-4 Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015

Skuad futsal wanita Malaysia kendalian jurulatih Chiew Chun Yong menamatkan saingan Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan di tangga keempat.
 
 Lapan pasukan telah dipilih menyertai edisi sulung kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung dari 21 hingga 26 September ini berdasarkan penyertaan pada Sukan Indoor Asia pada 2009 dan 2013.
 

FAM’ S TASK FORCE (FOR THE ASSESMENT OF THE NATIONAL TEAM)

FAM’s Task Force, chaired by Dato’ Mokhtar Ahmad met on the 20 - 21 Sept 2015 to discuss important and pressing matters concerning the performance of the National Teams,  management of National Teams and the status of the Harimau Muda system amongst others.

AFC KICK OFF PROGRAMME/UEFA SUPPORT TO FAM – STADIA AND SECURITY

Football Association of Malaysia (FAM) have taken initiatives under the AFC Kick-Off programme in key areas concerning stadium security, safety and fan management. FAM have been part of the said programme since 2014 and has recently launched the Player Support Seminar exposing players to a second career after football, contractual related issues, professionalism and integrity.

Malaysia layak ke pusingan akhir Kejohanan B16 AFC 2016

Malaysia layak ke pusingan akhir Kejohanan B-16 AFC 2016 di India selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah, Laos pada aksi terakhir kempen kelayakan Kumpulan G di Stadium Nasional Laos, malam tadi (20 September).

Pemain pertahanan, Phoutthavong Thatthaya menjaringkan gol pendahuluan buat Laos pada minit ke-45. Walaubagaimanapun, skuad remaja negara bangkit pada separuh masa kedua untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain gantian, Azrin Azahari pada minit ke-48.

PM2: Pahang, JDT raih kemenangan kedua

Dua finalis musim lalu, Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dengan meraih kemenangan kedua berturut pada perlawanan kedua TM Piala Malaysia 2015, malam tadi.
 
 Juara bertahan, Pahang mudah menewaskan PKNS FC 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk kini mengungguli saingan Kumpulan D dengan enam mata maksimum diikuti PKNS FC di tangga kedua dengan tiga mata.