News Archive: September 2015

SIDANG MEDIA PRAPERLAWANAN MALAYSIA LWN ARAB SAUDI

Berikut butiran sidang media praperlawanan yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, tengah hari tadi.
 
 Ia menjelang perlawanan keempat Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, Malaysia lawan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8.45 malam esok (Selasa, 8 September 2015).
 

KENYATAAN RASMI FAM BERHUBUNG PELETAKAN JAWATAN DOLLAH SALLEH & PELANTIKAN DATUK ONG KIM SWEE SEBAGAI PENGENDALI SEMENTARA SKUAD KEBANGSAAN

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pelantikan jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, 45, sebagai pengendali sementara skuad kebangsaan berikutan peletakan jawatan Dollah Salleh, 52, sebagai ketua jurulatih kebangsaan, semalam.
 

MALAYSIA TEMPAT KEEMPAT KEJUARAAN B-19 AFF 2015

Malaysia mendapat tempat keempat di Kejuaraan B-19 AFF 2015 selepas tewas penentuan sepakan penalti kepada Laos 3-2 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Nasional Laos, sebentar tadi setelah kedudukan masa penuh terikat 1-1.

Senarai 16 pemain skuad futsal Malaysia untuk siri perlawanan persahabatan di Jepun

Berikut senarai nama 16 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa untuk dibawa ke Oita dan Osaka, Jepun bagi menghadapi siri perlawanan persahabatan dari 4 hingga 12 September 2015 ini.

NO

NAMA

PASUKAN

1

Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019: UAE 10 Malaysia 0

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya tewas 10-0 kepada UAE pada perlawanan ketiga Kumpulan A saingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, malam tadi.
 
 UAE mendahului 4-0 pada 25 minit pertama permainan menerusi jaringan Mohanad Salem pada minit ke-16, Ali Mabkhout (m-22), Ahmed Khalil (m-23) dan Habib Al Fardan (m-25).
 

Separuh Akhir Kejuaraan B-19 AFF 2015: Thailand 5 Malaysia 0

Malaysia gagal untuk mara ke final Kejuaraan B-19 AFF 2015 selepas tewas kepada Thailand 0-5 pada aksi separuh akhir di Stadium Nasional Laos, sebentar tadi.

Gol-gol hasil jaringan oleh Ritthidep Phensawat pada minit ke-35 dan 47, Worachit Kanitsribampen pada minit ke-42, Sansern Limwatthana pada minit ke-46 dan Suksan Mungpao pada minit ke-71 membolehkan pasukan juara tiga kali itu menempah tiket final pada hari Jumaat ini.

Sidang media praperlawanan: UAE lwn Malaysia

Berikut komen ketua jurulatih Malaysia, Dollah Salleh dan ketua pasukannya, Safiq Rahim serta ketua jurulatih UAE, Mahdi Ali serta pemainnya, Ismail Al Hammadi pada sidang media praperlawanan di Stadium Mohamed Bin Zayed, Abu Dhabi, hari ini.
 
 Perlawanan Kumpulan A bagi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, UAE bertemu Malaysia akan berlangsung esok (Khamis) di stadium berkenaan, jam 7.15 malam (11.15 malam waktu Malaysia).
 

Senarai 20 pemain futsal wanita untuk kem latihan pusat terakhir

Berikut senarai nama 20 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk kem latihan pusat  terakhir (Fasa 3 & 4) di Shah Alam dari 1 hingga 19 September ini.

 

NAMA

POSISI