News Archive: March 2016

PIALA FAM: FELCRA FC, MOF FC LEBAR REKOD KEMENANGAN

2016-03-10 

Felcra FC tidak mensia-siakan peluang merampas kedudukan tangga teratas Kumpulan A Piala FAM 2016 apabila menundukkan Sungai Ara FC 1-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, semalam.

Muhammad Hafizi Mat Podzi muncul wira buat skuad kendalian ketua jurulatih Yusri Che Lah itu apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 setelah permainan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

PIALA BELIA: KEDAH RAMPAS TERAJU, FELDA KEKAL REKOD MENANG

2016-03-10

Kedah berjaya merampas tangga teratas Kumpulan A selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tatkala Felda United terus garang menerajui Kumpulan B menerusi kemenangan ketiga berturut dengan membelasah ATM 5-0 di Padang Kem Terendak, Melaka pada hari perlawanan ketiga saingan Piala Belia 2016, petang semalam.

SENARAI 30 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD PROJEK SUKAN SEA 2017 BERTEMU FILIPINA B-22 & NEPAL

2016-03-08

Berikut senarai 30 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 Malaysia, Frank Bernhardt untuk menghadiri sesi latihan dan pemilihan pusat skuad Projek Sukan SEA 2017 bermula 14 Mac ini.

BIL

NAMA

UMUR

PANEL PILIH LIMA LOGO TERBAIK HARIMAU MALAYSIA

2016-03-08

Lima logo terbaik dari kalangan lebih 2,000 penyertaan Peraduan Mencipta Logo Harimau Malaysia telah disenarai pendek oleh panel pemilih khas yang bersidang di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

 Panel penilai khas itu terdiri daripada:

1. Dato' Zainol Fadzi Paharudin (Naib Presiden FAM & Pengerusi Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam)

2. Lazarus Jansen Xavier (Penolong Setiausaha Agung FAM)

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM PADA 7 MAC 2016

2016-03-07

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 7 Mac 2016 (Isnin) telah mencapai keputusan berikut:

1.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Kelab Bolasepak Frenz United terhadap Persatuan Bolasepak Negeri Pahang mengenai status pemain-pemain, Dinesh a/l Rajasingam dan Kogileswaran a/l Mohana Raj:

PIALA FAM: MISC-MIFA, MOF FC KEKAL TERATAS

2016-03-07

Skuad MISC-MIFA kendalian jurulatih Jacob Joseph terus melebarkan rekod kemenangan apabila membenam Megah Murni FC 2-0 di Stadium Mini USIM, Nilai, semalam.

Kemenangan kedua itu menyaksikan pasukan berkenaan kekal menerajui saingan Kumpulan A dengan pemain tengah M. Yoges muncul wira menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-2 dan minit ke-88 menerusi sepakan penalti.

PIALA BELIA: PP, SELANGOR, KELANTAN, FELDA TERUS UNGGUL

2016-03-07

Pulau Pinang dan juara bertahan, Selangor mengungguli tangga teratas Kumpulan A manakala Kelantan dan Felda United menguasai carta Kumpulan B selepas masing-masing mencatat kemenangan kedua berturut pada aksi hari kedua saingan Piala Belia 2016, petang semalam.

 Selepas menewaskan Pahang 1-0 di gelanggang lawan minggu lalu, Pulau Pinang kendalian Faizal Abdul Halim meneruskan rentak cemerlang dengan menundukkan Negeri Sembilan 2-0 di Padang A, USM.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM PADA 4 MAC 2016

2016-03-04

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 4 Mac 2016 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut:

1.      Kekecohan yang berlaku di luar stadium selepas tamat perlawanan Liga Super 2016 antara pasukan Perak menentang pasukan Selangor di Stadium Ipoh, Perak pada 16 Februari 2016.

PIALA PRESIDEN: T-TEAM, NS MULA GARANG; JUARA BERTAHAN MENANG

2016-03-04

Juara bertahan, Kelantan kendalian Hashim Mustapa memulakan kempen Piala Presiden 2016 dengan langkah kanan selepas berjaya menewaskan Terengganu 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, petang semalam.

 Turut mencuri tumpuan, T-Team dan Negeri Sembilan yang mencatat kemenangan besar ke atas lawan masing-masing.

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG FAM SELEPAS PERJUMPAAN DENGAN TENGKU ABDULLAH

2016-03-03

“Saya telah menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di ibu negara pada hari ini bagi menyampaikan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Isnin lalu (29 Februari 2016) yang menolak hasrat baginda untuk meletak jawatan dan meminta baginda terus berada dalam saf kepimpinan FAM untuk penggal 2014-2018 ini.