2016-09-13
Skuad Harimau Malaysia Bawah 19 tahun (B-19) kendalian Frank Bernhardt memulakan kempen Kejuaraan AFF B-19 2016 dengan langkah kanan apabila membelasah Filipina 5-0 di Stadium Hang Day, Hanoi, petang tadi.
Malaysia yang menguasai permainan sebaik wisel sepak mula berjaya mencetak gol pendahuluan menerusi tandukan kemas bek tengah, Hariz Kamarudin hasil sepakan penjuru ketua pasukan, Syahmi Safari pada minit ke-37.