News Archive: October 2016

PIALA BELIA: SELANGOR, SSBJ B-17 MELANGKAH KE PENTAS FINAL

2016-10-10

Juara bertahan, Selangor berjaya melangkah ke final Piala Belia 2016 selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua di Padang SUK, Shah Alam, petang semalam.

 Terdahulu, skuad kendalian Noor Zaidi Rohmat itu mencatat kemenangan tipis 1-0 pada aksi pertama di Kota Bharu, 2 Oktober lalu, sekali gus mara ke final menerusi agregat 3-1 mengatasi Kelantan kendalian Tengku Hazman Raja Hassan.

PERSAHABATAN: MALAYSIA B-22 1-0 BRUNEI

Skuad Harimau Malaysia B-22 meraih kemenangan kedua ke atas Brunei selepas menewaskan pasukan pelawat 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Terdahulu, skuad kendalian Frank Bernhardt itu menumpaskan Brunei 2-0 di venue yang sama Khamis lalu hasil ledakan dua gol oleh Syafiq Ahmad.

Syafiq sekali lagi muncul wira pasukan setelah menjaringkan gol tunggal perlawanan. Penyerang berusia 21 tahun itu tenang menyudahkan hantaran Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri pada minit ke-10 perlawanan.

PERSAHABATAN: SINGAPURA 0 MALAYSIA 0

2016-10-08

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee mencatat keputusan seri 0-0 dengan Singapura pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" yang digelar 'Causeway Challenge 2016' di Stadium Nasional, Singapura, malam tadi.

 Pada babak pertama, Singapura hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-14, namun percubaan bahaya Izzdin Shafiq berjaya ditepis keluar penjaga gol kebangsaan, Khairulazhan Khalid.

PERSAHABATAN: MALAYSIA B-22 2-0 BRUNEI

Skuad Harimau Malaysia Bawah 22 tahun (B-22) berjaya menumbangkan pasukan kebangsaan Brunei 2-0 pada aksi perlawanan antarabangsa di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Tampil dengan formasi 4-2-3-1, skuad kendalian Frank Bernhardt bermula garang dengan melancarkan beberapa serangan bertali arus namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan untuk kedudukan pada separuh masa pertama berakhir 0-0.

SENARAI 25 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYSIA BERTEMU SINGAPURA PADA 7 OKTOBER 2016

2016-10-04

Berikut senarai 25 pemain yang akan dibawa ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke Singapura, esok (5 Oktober) untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Singapura di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Oktober ini (Jumaat).

 

BIL

NAMA

UMUR

PIALA PRESIDEN: KELANTAN, T-TEAM SELANGKAH KE FINAL

2016-10-04

Juara bertahan yang juga juara Kumpulan A, Kelantan berpeluang cerah melangkah ke pentas final buat dua musim berturut selepas berjaya menewaskan Selangor 3-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Presiden 2016 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

 Skuad kendalian Hashim Mustapha itu beroleh bekalan selesa untuk dibawa ke perlawanan kedua di Padang SUK, Shah Alam pada 12 Oktober ini menerusi jaringan hatrik Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-35, 53 dan 90+2.

PIALA BELIA: SELANGOR, SSBJ B-17 MENANG SEPARUH AKHIR PERTAMA

2016-10-02

Juara bertahan, Selangor dan juara Kumpulan B, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 berpeluang cerah untuk melangkah ke final Piala Belia 2016 selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir pertama, petang tadi.

 Selangor kendalian Noor Zaidi Rohmat yang menduduki tangga ketiga Kumpulan A sebelum ini berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan bimbingan Tengku Hazman Raja Hassan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.