Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee meraih pingat perak acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas tewas 1-0 kepada juara bertahan, Thailand pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada yang kini di ranking ke-166 dunia tewas 1-0 kepada Myanmar, ranking ke-157 pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Thuwunna YTC, Yangon, petang semalam.
Skuad futsal lelaki kebangsaan kendalian Chiew Chun Yong meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas tewas 4-3 kepada juara bertahan, Thailand pada perlawanan terakhir dalam format liga sepusingan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, malam tadi.
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada yang kini di ranking ke-166 dunia kalah tipis 2-1 kepada Syria pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.
Selepas berjaya menyaingi kehebatan pasukan di ranking ke-80 dunia kendalian Ayman Al Hakeem itu sepanjang hampir keseluruhan perlawanan, gawang Malaysia dikawal Khairulazhan Khalid akhirnya dibolosi dua gol selang dua minit pada penghujung permainan.
Berikut senarai 36 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan yang baharu, Bojan Hodak ke kem latihan pusat dan pemilihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula hari ini (17 Ogos ini) sebagai persediaan menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Yangon, Myanmar dari 4 hingga 17 September ini.
Berikut senarai akhir 20 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi membarisi skuad Projek Sukan SEA 2017 menghadapi saingan acara bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos 2017.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin menjelaskan bahawa penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman, 30, sebenarnya tidak melanggar perintah berkurung keluar dari bilik melebihi jam 11.30 malam sewaktu kem fasa akhir perhimpunan atlet Malaysia untuk Sukan SEA 2017 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada Jumaat lalu (4 Ogos 2017) seperti yang didakwa.
Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Melaka bermula 14 Ogos ini sebagai persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Syria (22 Ogos), Macau (25 Ogos) dan Myanmar (29 Ogos) serta perlawanan kedua Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September 2017.
Berikut senarai 27 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk kem latihan pusat fasa akhir skuad Projek Sukan SEA 2017 itu di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini, 6 Ogos sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos 2017.
Saya dan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor atas kurnia sumbangan baginda berjumlah RM4 Juta kepada FAM.