News Archive: August 2018

FINAL PIALA PRESIDEN 2018: TERENGGANU FC III DINOBAT JUARA

2018-08-30

Terengganu FC III yang tersungkur di perlawanan akhir musim lepas berjaya menebus kekecewaan mereka apabila mengatasi Kedah 2-1 pada perlawanan akhir Piala Presiden 2018 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam untuk bergelar juara pertandingan B-21 kebangsaan itu. 

Walau bagaimanapun, pasukan Kedah yang memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila berjaya menjaringkan gol pertama melalui tandukan penyerang mereka, Aminuddin Abu Bakar seawal minit kedua. 

SENARAI 24 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA BERMULA 3 SEPTEMBER 2018

2018-08-28

Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Isnin, 3 September 2018 bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Chinese Taipei di Taipei City pada 7 September dan bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 10 September 2018.

 

BIL

NAMA

FINAL PIALA BELIA 2018: PKNS FC MENGALAHKAN TERENGGANU FC IV UNTUK MUNCUL JUARA

2018-08-28

PKNS FC berjaya menewaskan Terengganu FC IV dengan jaringan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Belia 2018 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam untuk muncul sebagai juara bagi kejohanan bawah 19 tahun kebangsaan itu. 

Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan aksi rancak tetapi buntu mencipta gol. Walau bagaimanapun, PKNS FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan apabila berjaya mendapatkan gol pendahuluan di lewat babak pertama menerusi penyerang, Asraff Aliffuddin. 

LFK 2018: MELAKA JUARA KATEGORI LELAKI & FELDA UNITED KUASAI KATEGORI WANITA

2018-08-27

Melaka dan Felda United berjaya mempertahankan gelaran juara Liga Futsal Kebangsaan (LFK) yang dimenangi musim lepas setelah masing-masing mengungguli Kategori Lelaki dan Wanita pada saingan liga yang berakhir di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam semalam.

SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 25 OGOS 2018

2018-08-21

Berikut senarai 26 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak untuk ke sesi latihan dan pemilihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya serta kem latihan di Muscat, Oman bermula Sabtu ini, 25 Ogos 2018 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Indonesia, 18 Oktober hingga 4 November depan.

 

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: ONG KIM SWEE BUAT KEPUTUSAN SAAT AKHIR GUGUR DANIAL AMIER

2018-08-13

Ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa membuat pertukaran saat akhir sebelum skuad bola sepak Sukan Asia 2018 berlepas ke Jakarta, Indonesia, petang ini apabila menggugurkan pemain tengah Felda United, Danial Amier Norhisham, 21, kerana kecederaan.

SENARAI AKHIR 20 PEMAIN SKUAD B-23 KEBANGSAAN KE SUKAN ASIA 2018 DI JAKARTA & PALEMBANG, INDONESIA

2018-08-12

Berikut senarai akhir 20 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi mewakili skuad Malaysia B-23 dalam acara bola sepak lelaki pada Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 15 Ogos hingga 1 September 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

SIARAN MEDIA: FAM KEMUKA LAPORAN KEPADA AFC; UAE FA AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMAIN & PEGAWAI TERLIBAT

2018-08-11

Berhubung insiden pergaduhan yang berlaku pada penghujung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia B-23 bertemu UAE B-23 di Stadium Shah Alam malam tadi, saya dan Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah bertindak segera melakukan tindakan yang sewajarnya.

PERLAWANAN ANTARABANGSA: MALAYSIA B-23 2-0 UAE B-23

2018-08-11

Skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas UAE B-23 pada perlawanan persahabatan antarabangsa kedua dan terakhir menjelang Sukan Asia 2018 Indonesia di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Selepas dikumpulkan untuk kem latihan pusat bermula 30 Julai lalu, skuad B-23 kebangsaan telah ke Changzhou, China bagi aksi persahabatan pertama yang berkesudahan mereka tewas tipis 2-1 kepada China B-23 pada 5 Ogos lalu.