News Archive: September 2018

SENARAI 23 PEMAIN SKUAD MALAYSIA KE KEJUARAAN B-16 AFC 2018

2018-09-14

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, Lim Teong Kim bagi membarisi skuad Malaysia pada Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Kuala Lumpur dari 20 September hingga 7 Oktober 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

ANUGERAH AFC PENGIKTIRAFAN UNTUK FAM

2018-09-12

FAM menerima pengiktirafan apabila diumum sebagai pemenang Anugerah Dream Asia AFC 2018 dalam kategori Pembangunan di AFC House hari ini.

FAM menerima anugerah ini selepas memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu berjaya mempamerkan contoh terbaik dalam menyampaikan inisiatif tanggungjawab sosial kepada masyarakat menerusi pelbagai program di peringkat akar umbi yang menerapkan unsur pemakanan seimbang, bengkel dan kursus kejurulatihan serta program kemasyarakatan sehingga Julai 2018. 

PERLAWANAN ANTARABANGSA "A": KEMBOJA 1 MALAYSIA 3

2018-09-11

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bangkit daripada ketinggalan satu gol pada babak pertama untuk berjaya mencatat kemenangan di gelanggang lawan dengan menewaskan Kemboja 3-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh, malam tadi.

PERLAWANAN ANTARABANGSA "A": CHINESE TAIPEI 2-0 MALAYSIA

2018-09-08

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe gagal meneruskan rentak kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini apabila tewas 2-0 kepada Chinese Taipei pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Perbandaran Taipei, Taipei City, malam tadi.

FINAL PIALA FAM 2018: TERENGGANU CITY FC RANGKUL TROFI

2018-09-07

Terengganu City FC unggul apabila berjaya bergelar sebagai juara Piala FAM 2018 selepas menumpaskan pasukan Selangor United 2-0 dalam perlawanan akhir saingan liga divisyen tiga itu semalam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Skuad kendalian Md Noor Md Derus itu membuka jaringan pada minit ke-52 menerusi penyerang mereka, Mohd Rahizi Mohd Rasib. 

SENARAI 18 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT & PEMILIHAN FASA 3 SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN MENJELANG KEJUARAAN FUTSAL AFF 2018 DI INDONESIA

2018-09-05

Berikut senarai 18 pemain dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong ke kem latihan pusat dan pemilihan Fasa 3 skuad futsal lelaki kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 13 hingga 30 September 2018 bagi persiapan dan persediaan awal menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Indonesia pada 5 hingga 15 November 2018.

 

BIL

NAMA