News Archive: January 2019

16 PASUKAN SERTAI EDISI SULUNG MPF 2019

2019-01-25

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan bahawa 16 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi pertandingan Malaysia Professional Futsal (MPF) 2019 yang akan berlangsung selama tujuh bulan dari April hingga Oktober 2019.

MPF 2019 merupakan edisi sulung saingan liga futsal profesional peringkat kebangsaan bagi menggantikan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) yang dianjurkan FAM sebelum ini.

JANGAN UGUT FAM, GUNA KEBAJIKAN PEMAIN SEBAGAI UMPAN UNTUK BERAKSI DI LIGA PREMIER 2019

2019-01-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin membidas kenyataan yang telah dibuat oleh Pengurus Terengganu City FC (TCFC), M Rezal Abu Bakar menerusi media berhubung isu tunggakan gaji pemain-pemain kelab berkenaan yang sehingga kini telah pun mencecah jumlah RM977,100.

SENARAI 24 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN (FASA 2) BERMULA 21 JANUARI 2019

2019-01-17

Berikut senarai 24 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak untuk ke sesi latihan dan pemilihan pusat Fasa 2 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin ini, 21 Januari 2019 hingga 29 Januari 2019 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFF 2019 dan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai dan September 2019.

AFC SETUJU BANTU FAM PERKEMAS STATUT, PERATURAN & KOD TATATERTIB

2019-01-16

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Isnin, 14 Januari 2019 telah menghantar permohonan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi mendapatkan bantuan pakar perundangan badan induk bola sepak Asia itu dalam melakukan kajian semula tadbir urus FAM. 

Sokongan dan tunjuk ajar daripada pakar perundangan itu diperlukan FAM bagi mengemaskini, memperbaiki, menyebariskan serta memperkukuhkan Statut, Peraturan dan Kod Tatatertib sedia ada untuk memenuhi tuntutan semasa, bagi menepati piawaian antarabangsa dan amalan tadbir urus terbaik. 

SENARAI 23 PEMAIN SKUAD B-22 KEBANGSAAN KE BANGKOK, THAILAND BAGI SIRI TIGA PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA

2019-01-14

Berikut senarai nama 23 pemain dibawa ketua jurulatih skuad bola sepak B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke Bangkok, Thailand, semalam (Ahad, 13 Januari 2019) bagi siri tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di sana.

Ia sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Kemboja (17 Februari hingga 2 Mac 2019) dan Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Kuala Lumpur (22 hingga 26 Mac 2019).

 

SENARAI 28 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 15 JANUARI 2019

2019-01-11

Berikut senarai 28 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak untuk ke sesi latihan dan pemilihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Selasa depan, 15 Januari 2019 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFF 2019 dan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai dan September 2019.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu akan berlatih selama dua (2) minggu di Wisma FAM, Kelana Jaya.

 

IKLAN JAWATAN KOSONG JURULATIH PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGARA (PPBN)

2019-01-09

Majlis Sukan Negara Malaysia menawarkan 5 jawatan kosong secara kontrak bagi yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan jurulatih di dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN).

 

1. Ketua Jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) – 3 kekosongan

i. Memiliki sekurang-kurangnya lesen A kejurulatihan AFC.

ii. Memiliki sijil Sains Sukan level 3 dari ISN atau setarafnya.

iii. Memiliki pengalaman kejurulatihan lesen A minima 5 tahun

SIARAN MEDIA: TAN CHENG HOE TANDATANGANI KONTRAK BAHARU BERSAMA FAM

2019-01-08

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini dengan sukacita mengumumkan bahawa Tan Cheng Hoe telah menandatangani kontrak baharu selama dua tahun untuk kekal sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya sehingga 31 Disember 2020.

Persetujuan itu telah tercapai antara kedua-dua pihak pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.

SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG KELAYAKAN KEJUARAAN B-23 AFC 2020

2019-01-04

Berikut senarai nama 25 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 9 Januari 2019.