FAM anjur kursus pengadilan menjelang Piala Malaysia 2015

2015-08-17

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan Kursus Pengadilan Ahli Gabungan FAM di Puteri Garden Hotel, Klang yang dijadualkan dari 23 hingga 28 Ogos ini.

Kursus yang bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pengadilan bagi menghadapi kempen Piala Malaysia 2015 dijadual bermula 11 September ini akan disertai oleh 57 orang pengadil dari 14 buah negeri.

Peserta-peserta akan menjalani proses kaji semula klip-klip perlawanan Liga Malaysia (Liga Super dan Liga Premier) dan juga proses kaji semula undang-undang bola sepak yang bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap amalan pengadilan terbaik dengan menggunakan bahan rujukan tempatan.

J Category: 
article/referee