FAM Laksana Sistem Pembantu Pengadil Tambahan dan Komunikasi Radio Buat Pertama Kali di Liga FAM pada 18 Mei 2014 ini.

2014-05-16

FAM Laksana Sistem Pembantu Pengadil Tambahan dan Komunikasi Radio

Buat Pertama Kali di Liga FAM pada 18 Mei 2014 ini.

Gambar: Sistem Komunikasi Radio yang akan digunakan 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan melaksanakan sistem Pembantu Pengadil Tambahan dan penggunaan Sistem Komunikasi Radio di dalam perlawanan Liga FAM pada Ahad ini. Sistem Komunikasi Radio berjenama ‘Vokerro’ dari Perancis ini boleh diguna pakai oleh enam orang pengadil dalam satu-satu masa.

Sistem Pembantu Pengadil Tambahan (Additional Assistant Referee)  dan Sistem Komunikasi Radio akan diguna pakai buat pertama kalinya di dalam perlawanan di antara Harimau Muda C dan Terengganu PBHTC FC pada 18 Mei 2014 di Pusat Latihan Maybank, Bangi pada jam 4.45 petang.

Senarai nama pengadil yang terlibat dalam perlawanan yang akan berlangsung pada Ahad, 18 Mei 2014 ini ialah:

1.    Pengadil: Suhaizi Sukri

2.    Pembantu Pengadil Tambahan 1: Zulkifli Ahmad

3.    Pembantu Pengadil Tambahan 2: Suresh Jayaramam

4.    Pembantu Pengadil 1: Muhammad Yusri Muhammad

5.    Pembantu Pengadil 2: Muhammad Mu’azi Zainal Abidin

6.    Pegawai Keempat: P. Jeevanathan

7.    Penilai Pengadil: S. Selearajan

Beberapa siri percubaan akan dilakukan melalui beberapa siri perlawanan pada kejohanan SUKMA XVII Perlis 2014 serta laporan lengkap juga akan diteliti sebelum Sistem Pembantu Pengadil Tambahan dilaksanakan sepenuhnya di dalam Liga Malaysia.

 

J Category: 
article/referee