FAM TERCALON AHLI GABUNGAN TERBAIK KATEGORI PEMBANGUNAN ANUGERAH AFC

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tersenarai sebagai calon ahli gabungan terbaik kategori pembangunan dalam Anugerah Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang akan berlangsung di Abu Dhabi, Dubai pada 1 Disember ini bersama-sama Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) dan Persatuan Bolasepak Vietnam (VFA).

Anugerah berprestij bagi kategori tersebut adalah sebagai pengiktirafan badan induk bola sepak Asia itu terhadap ahli gabungan yang mempunyai struktur pentadbiran dan pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi yang baik.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, anugerah ini telah dimenangi oleh Persatuan Bolasepak Jordan (2013), Persatuan Bolasepak Korea Utara (2014) dan Persatuan Bolasepak Hong Kong (2015).