FINAL 1 PIALA BELIA 2017: SSMP B-17 MENANG TIPIS 3-2 KE ATAS KEDAH DI LAMAN SENDIRI

2017-10-12

Pasukan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 berjaya meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Kedah pada Final 1 Piala Belia 2017 di Stadium UiTM, Shah Alam, malam tadi.

 SSMP B-17 kendalian P Somasundram bermula garang apabila berjaya mendahului selesa 3-0 seawal 25 minit pertama permainan menerusi jaringan Noramirul Awang pada minit ke-5, Nizarruddin Jazi minit ke-20 dan ketua pasukan, Arif Shaqirin Suhaimi minit ke-25.

 Namun Kedah yang dibimbing Mohamad Ramlee tidak cepat berputus asa apabila berjaya merapatkan jurang gol menerusi Khairuddin Salleh pada minit ke-27 untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 3-1.

 Pada babak kedua, Kedah akhirnya berjaya memperoleh gol kedua menerusi Akmal Azmi pada minit ke-79 untuk menamatkan aksi dengan keputusan 3-2 berpihak kepada tuan rumah.

 Final 2 akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Isnin ini (16 Oktober), jam 8.45 malam.

 

SSMP B-17: 18-Aidil Mirza Darwisy Mazhisam (PG), 2-Abdul Hadi Hasbollah, 4-Zainul Arifin Ahmad Latifi (10-Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau 76'), 6-A'sif Maszarry, 9-Arif Shaqirin Suhaimi (K), 15-Nizarruddin Jazi, 17-Noramirul Awang, 19-Arhamkhussyairi Abd Wahab, 20-Feroz Baharuddin, 21-Alif Safwan Sallahuddin (22-Amirul Husaini Zamri 68'), 24-Ikwan Yazek (16-Izreen Izwandy 55').

KEDAH: 22-Wan Syazmin Wan Ruzaimi (PG), 4-Fitri Daud, 5-Heshamudin Ahmad, 6-Asnawi Sonkurnain (K), 7-Amirul Azman (21-Akmal Azmi 46'), 8-Ezmie Naim Eddy Effendy (18-Ashraf Sobri 23'), 12-Ikmal Hakim Murshariza, 15-Hasrul Helmi Zakaria, 16-Khairuddin Salleh, 17-Alief Najmi Radzi (9-Ridzuan Abdul Mutalib 90'+3), 29-Kamil Akmal Abd Halim.

Pengadil: Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah

 

KEPUTUSAN FINAL 1

RABU, 11 OKTOBER 2017

 

SSMP (B-17) 3

Noramirul Awang 5' Nizarruddin Jazi 20' Arif Shaqirin Suhaimi 25'

KEDAH 2

Khairuddin Salleh 27' Akmal Azmi 79'