FINAL 1 PIALA FAM 2017: SIME DARBY FC MENANG TIPIS 1-0 DENGAN UKM FC DI TEMPAT LAWAN

2017-10-16

Juara 2010, Sime Darby FC berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas UKM FC pada Final 1 Piala FAM 2017 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi, sekali gus kelebihan menjelang aksi kedua di laman sendiri.

 Terikat 0-0 pada separuh masa kedua, Sime Darby FC kendalian Ahmad Yusoff berjaya memperoleh gol tunggal kemenangan itu pada minit ke-54 selepas Zul Fahmi Awang tenang menyudahkan bola lorongan Nazrul Kamaruzaman dari sebelah kanan.

 UKM FC yang dibimbing Sulaiman Hussin terlepas peluang untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan selepas sepakan penalti diambil Rafizi Hamdan berjaya diselamatkan penjaga gol Sime Darby FC, Faridzuean Kamaruddin pada minit ke-87.

 Aksi Final 2 Piala FAM 2017 bakal berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Ahad, 22 Oktober 2017.

 

UKM FC: 29-Khairi Hassan (PG), 5-Hafizudin Sulaiman (K), 7-Azri Zulkiflee, 8-Fitri Za'aim Amran, 9-Noor Ikqmal Riezzal Zanil (4-Asnan Ahmad 61'), 10-Hasrul Nurkholis Hasim, 13-Azryl Reza Zamri, 14-Wan Afiq Wan Kasbi (16-Faizol Fazree Ismail 90'+2), 19-Faidzol Fazreen Shamsudin, 27-Rafizi Hamdan, 28-Wan Faiz Wan Sulaiman (22-Helmi Hariri Ibrahim 67').

SIME DARBY FC: 22-Faridzuean Kamaruddin (PG), 4-Azmirul Azmi, 7-Che Arif Che Kamarudin (23-Junaidi Shafiai 52'), 8-Faizal Ab Aziz, 10-Nazrul Kamaruzaman, 11-Dzulfahmi Abdul Hadi (29-Razif Hafizi Abdul Ghani 90'+2), 15- Zainudin Abidin, 17-Tunku Noor Hidayat Tunku Ishak, 18-Juzaili Samion (K), 19-Zul Fahmi Awang (30-Naim Asraff Nordin 79'), 26-A Segar.

Pengadil: Mohd Sarif Tahir

 

KEPUTUSAN FINAL 1

AHAD, 15 OKTOBER 2017

 

UKM FC 0

SIME DARBY FC 1

Zul Fahmi Awang 54'