Harimau Muda C raih kemenangan ke-11 berturut

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras mencatat kemenangan besar apabila membelasah skuad bawah-19 tahun pasukan Divisyen 1 Slovakia, MFK Ruzomberuk 5-1 pada aksi kedua belas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Penyerang Badrul Amin Rusalan muncul wira apabila meledak dua gol pada minit ke-38 dan ke-73 untuk membawa jumlah gol keseluruhannya setakat ini kepada lima gol. Gol-gol lain skuad B-19 negara dijaringkan oleh Danish Haziq Saipul pada minit ke-65, sepakan penalti Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-72, dan Syahmi Safari pada minit ke-90.

Berikut video gerakan kombinasi menarik gol ketiga (Badrul Amin) dan gol kelima (Syahmi Safari) pasukan bawah-19 tahun kebangsaan.

Harimau Muda C yang telah berjaya merekodkan sebelas kemenangan dan satu kekalahan daripada dua belas perlawanan, bakal menentang pasukan FK DAC 1904 Dunajska Streda B-19, Sabtu ini (25 Julai).

KOMEN JURULATIH HARIMAU MUDA C, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Alhamdulillah selepas mengharungi dua perlawanan berturut-turut ini, pemain-pemain tidak mengalami kecederaan yang serius. Apa yang harus dilakukan adalah tahap memberi pemulihan tenaga yang secukupnya selepas ini.

“Dalam perlawanan semalam, saya membuat sedikit perubahan keseblelasan utama daripada perlawanan menentang FK LokomotivaTranava yang lepas dengan memperkemaskan barisan tengah dan meletakkan Badrul Amin sebagai penyerang utama menggantikan posisi Jafri Firdaus Chew sebagai pemain gantian.

“Badrul sebelum ini diletakkan pada barisan tengah bergandingan dengan Danial Ashraf, tetapi pada perlawanan semalam saya menggandingkan Danial bersama Shahrul di tengah dan meletakkan Badrul di posisi penyerang ternyata beliau melaksanakan tugasnya dengan baik.

“Dari dua perlawanan terakhir ini,saya dapat mengenal pasti pemain-pemain yang akan diturunkan dan juga strategi yang harus digunakan untuk bertemu Singapura dan Vietnam sebelum perlawanan esok seumpama pasukan bertemu Myanmar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Laos kelak. Dan apa yang menjadi harapan saya ialahagar pemain-pemain dapat mengekalkan prestasi sekarang ini sehingga berlangsungnya kejohanan AFF nanti.”

REKOD PERLAWANAN HARIMAU MUDA C DI SLOVAKIA SETAKAT INI

 

Tarikh

Perlawanan

2 Jun 2015

FC Horna Nitra B19 2-0 Harimau Muda C

9 Jun 2015

Harimau Muda C 3-1 Slovan Levice B19

16 Jun 2015

Spartak Myjava B19 0-3 Harimau Muda C

20 Jun 2015

Harimau Muda C 2-1 FKM Karlova Ves B19

23 Jun 2015

Vion Zlate Moravce B19 0-2 Harimau Muda C

30 Jun 2015

Harimau Muda C 4-0 Jaslovske Bohunice SK BL B19

4 Julai 2015

Inter Dubravka SKP B19 0-2 Harimau Muda C

7 Julai 2015

Harimau Muda C 5-1 FKM Nove Zamky B19

11 Julai 2015

MFK Topvar Topolcany B19 0-1 Harimau Muda C

14 Julai 2015

Harimau Muda C 3-0 MFK Dubnica nad Vahom B19

21 Julai 2015

24 Julai 2015

FK Lokomotiva Trnava 0-2 Harimau Muda C

Harimau Muda C 5-1 MFK Ruzomberuk B19

 

SENARAI PENJARING GOL HARIMAU MUDA C

Nama

Jumlah Jaringan

Muhammad Jafri Firdaus Chew

7

Badrul Amin Rusalan

5

Kogileswaran Raj

4

Mohamed Syamer Kutty Abba

3

Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan

3

Nik Azli Nik Alias

2

Muhammad Danial Ashraf Abdullah

2

Mohd Yusri Mohd Farizat

1

Muhamad Rizalul Azuwan Supandri

1

Thipanraj Subramaniam

1

 

 

J Category: 
uncategorised8