IKLAN JAWATAN KOSONG JURULATIH PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGARA (PPBN)

2019-01-09

Majlis Sukan Negara Malaysia menawarkan 5 jawatan kosong secara kontrak bagi yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan jurulatih di dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN).

 

1. Ketua Jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) – 3 kekosongan

i. Memiliki sekurang-kurangnya lesen A kejurulatihan AFC.

ii. Memiliki sijil Sains Sukan level 3 dari ISN atau setarafnya.

iii. Memiliki pengalaman kejurulatihan lesen A minima 5 tahun

iv. Berdaftar dengan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).

 

2. Penolong Jurulatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) – 1 kekosongan

i. Memiliki sekurang-kurangnya lesen B kejurulatihan AFC.

ii. Memiliki sijil Sains Sukan level 2 dari ISN atau setarafnya.

iii. Memiliki pengalaman kejurulatihan lesen B minima 3 tahun

iv. Berdaftar dengan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).

 

3. Jurulatih Penjaga Gol Akademi Mokhtar Dahari (AMD) – 2 kekosongan

i. Memiliki sekurang-kurangnya lesen B kejurulatihan AFC dan level 2 penjaga gol.

ii. Memiliki sijil Sains Sukan level 2 dari ISN atau setarafnya.

iii. Memiliki pengalaman kejurulatihan lesen B minima 5 tahun

iv. Berdaftar dengan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).

 

4. Ketua Jurulatih Pencarian Bakat dan Pendidikan Penjaga Gol – 1 kekosongan

i. Memiliki sekurang-kurangnya lesen A kejurulatihan AFC dan level 3 penjaga gol.

ii. Memiliki sijil Sains Sukan level 3 dari ISN atau setarafnya.

iii. Memiliki pengalaman kejurulatihan lesen A minima 5 tahun

iv. Berdaftar dengan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).

 

5. Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) – 4 kekosongan

i. Memiliki sekurang-kurangnya lesen A kejurulatihan AFC.

ii. Memiliki sijil Sains Sukan level 3 dari ISN atau setarafnya.

iii. Memiliki pengalaman kejurulatihan lesen A minima 5 tahun

iv. Berdaftar dengan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).

 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.

b) Permohonan hendaklah dibuat dengan hanya mengemukakan Curriculum Vitae (CV).

c) Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

d) Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon.

e) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

f) Permohonan yang telah lengkap bolehlah dikemukakan kepada:

   Pengarah

   Bahagian Atlet

   Majlis Sukan Negara

   Kompleks Sukan Negara, Sri Petaling

   50714 Kuala Lumpur

 

Tel: 03-8992 9000

Email: [email protected] atau [email protected]

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Januari 2019 jam 5.00 Petang