KEJAYAAN MAMPAN UNTUK BOLA SEPAK MALAYSIA MEMERLUKAN PERUBAHAN DASAR!

2017-11-19

Bagi mencapai kejayaan berdasarkan visi dan reka bentuk lebih daripada nasib, beberapa perubahan besar perlu dilakukan dalam bola sepak Malaysia. Tidak semua orang sukakan perubahan! Perubahan membuatkan kita berasa tidak selesa dan secara semulajadinya kita tidak mahu menjadi tidak selesa. Kita mahu kekal di mana kita berada dan menjaga apa yang kita ada.

Perubahan juga sering bermaksud kehilangan muka bagi sesetengah orang atau orang itu takut mereka mungkin kehilangan kawalan. Ia sudah tentu bermakna lebih banyak kerja untuk kita semua. Secara semulajadinya, inilah perkara-perkara yang kita takutkan.

Sebab itulah perubahan sentiasa harus dimulakan daripada pihak tertinggi dalam organisasi dan ia sudah tentu sebab utama mengapa saya membuat keputusan untuk menerima jawatan sebagai Pengarah Teknikal FAM beberapa bulan yang lalu.

Selepas pertemuan dengan Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada awal tahun ini, saya mendapati baginda memiliki visi, wibawa, keazaman dan keberanian yang diperlukan untuk memacu proses perubahan ini dengan jayanya.

Saya berkata kepada diri sendiri, jika ada peluang untuk membina masa depan yang cerah untuk bola sepak di negara ini, ia adalah sekarang.

Ia memang akan mengambil masa. Negara-negara yang mencapai kejayaan dari segi keputusan kebelakangan ini dan/atau membangunkan pemain-pemain terkemuka seperti Jerman dan Belgium misalnya, telah mula membuat perubahan dasar sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum itu. Negara-negara ini sudah mempunyai infrastruktur dan jurulatih, mereka hanya melaksanakan keseragaman di seluruh negara cara bermain dan membangunkan pemain-pemain muda. Kita perlu melakukan lebih daripada itu!

Saya rasa adalah penting bahawa sebelum kita mula menilai dan mengkritik seseorang, kita menyedarinya.

Ia pasti akan menjadi satu peluang besar yang dilepaskan oleh bola sepak di negara ini, jika seseorang individu yang mampu memacu perubahan dasar dan diperlukan ini dari bahagian teratas, memilih untuk menjauhkan diri daripada melakukannya sekarang. Meninggalkan jawatan yang sudah pun mengambil banyak keberanian pada permulaannya, ia pasti lebih mudah untuk berada di Johor dan berkhidmat dengan rakyat yang menyukai baginda.

Khususnya dalam bolasepak, kita cenderung untuk membuat penilaian berdasarkan emosi, namun banyak keputusan dalam hidup yang dibuat berdasarkan emosi sering dikesali di kemudian hari. Marilah kita semua menilai dengan lebih rasional supaya kita tidak akan menyesal dalam masa terdekat yang kita telah pun melepaskan kesempatan yang jarang diperoleh ini untuk mula membina ke arah masa depan cerah untuk bola sepak Malaysia.

 

Peter de Roo

Pengarah Teknikal FAM

 

------------------

 

SUSTAINABLE SUCCESS FOR MALAYSIAN FOOTBALL REQUIRES FUNDAMENTAL CHANGE!

 

In order to achieve success based on vision and design rather than on luck some major changes have to take place in Malaysian football. Not everybody likes change though! Change makes us feel uncomfortable and by nature we don’t want to be uncomfortable. We want to stay where we are and keep what we have.

Change also often means loss of face for certain people or people are afraid they might lose control. It will definitely means more work for all of us. By nature these are things that we are afraid of.

That is why change always should be driven from the absolute top of an organization and that’s exactly the reason why I decided to accept this job as FAM Technical Director a few months ago.

After meeting FAM President, HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor earlier this year I realized that he has the vision, authority, determination and courage that is required to drive this process of change successfully.

I thought to myself if there ever is a chance to build on a bright future for Football in this country, it will be right now.

It is going to take time though. Countries that had recent success in terms of results and or developing top players like Germany and Belgium for instance; started making fundamental changes at least 10 year before that. These countries already had the infrastructure and coaches; they only implemented a nationwide uniform way of playing and developing young players. We have to do much more than just that!

I think it is important that before we start judging and critizing people; we realize that.

It would be a massive missed opportunity for football in this country, if the one person that can drive these fundamental and neccesary change from the top, would walk away from it now. Walking away from a job that already took a lot of courage to take on in the first place, it would have  been so much easier to stay in Johor and serve the people that love him.

Especially in Football we tend to make judgements based on emotion, but a lot of decisions in life made based on emotion are often regretted the next day. Let us all judge a little bit more rationally and with reason; so we will not regret in the near future that we have missed a rare opportunity to start building towards a bright future for Malaysian Football.

 

Peter de Roo

FAM Technical Director