KEJOHANAN B-23 PIALA DUBAI 2017: MALAYSIA 3-1 SINGAPURA

2017-03-27

 Skuad Harimau Malaysia B-22 bangkit daripada keputusan tewas kepada Thailand tempoh hari untuk raih kemenangan 3-1 ke atas Singapura pada aksi ketiga Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di Stadium UAE FA, Dubai, malam tadi.

 Usaha gandingan penyerang, Adam Nor Azlin dan S Kumaahran membuahkan hasil apabila masing-masing meledak satu gol pada minit ke-13 dan 15 bagi membolehkan skuad negara mendahului selesa sebelum Muhaimin Suhaimi merapatkan jurang buat Singapura.

 Bersambung babak kedua, Malaysia terus menggandakan serangan bertali arus dan akhirnya berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi pemain gantian, N Thanabalan pada minit ke-89 untuk gol kedua peribadinya dalam kejohanan ini.

 Sementara itu, dua perlawanan lain menyaksikan China mengejutkan Thailand 2-1 manakala tuan rumah, UAE menang tipis 1-0 ke atas Jordan.

 Untuk rekod, Malaysia raih 1 mata pada aksi sulung menentang China (20 Mac), sebelum tewas 0-4 kepada Thailand (23 Mac).

 Pasukan B-22 kebangsaan akan mengakhiri kempen Piala Dubai dengan menentang Jordan di Stadium Police Officers Club pada hari esok.

 

PASUKAN

P

M

S

K

G

B

MT

1.

THAILAND

3

2

0

1

7

3

6

2.

UAE

3

2

0

1

6

2

6

3.

CHINA

3

1

2

0

3

3

5

4.

JORDAN

3

1

1

1

2

1

4

5.

MALAYSIA

3

1

1

1

4

6

4

6.

SINGAPURA

3

0

0

3

1

9

0