KEJUARAAN AFF B-19 2016: TIMOR LESTE 3-2 MALAYSIA

2016-09-17

Skuad Harimau Malaysia Bawah 19 tahun (B-19) kendalian Frank Bernhardt tewas tipis 3-2 kepada Timor Leste pada aksi ketiga Kejuaraan AFF B-19 2016 di Pusat Latihan Belia, Hanoi, petang tadi.

Ketinggalan 2-0 pada 35 minit pertama permainan menerusi dua jaringan penyerang, Alves Ima Kefi (30’ & 35’), pasukan kebangsaan bangkit merapatkan jurang melalui sentuhan penyudah Jafri Firdaus Chew pada masa tambahan babak pertama.

Bersambung babak kedua, usaha Malaysia untuk mencari gol penyamaan membuahkan hasil apabila pemain tengah, Danial Ashraf Abdullah merembat kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-58 dan menewaskan penjaga gawang lawan, Fagio Augusto.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Shigeo Yamazaki berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi jaringan Gelvanio Antonio pada minit ke-70 untuk keputusan muktamad 3-2.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kekal di tangga kedua Kumpulan A dengan 6 mata, mendahului pencabar terdekat, Timor Leste di atas kelebihan gol. pada satu lagi perlawanan kumpulan itu, Singapura menumpaskan Filipina 2-1.

Skuad negara bakal berdepan pendahulu, Vietnam pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Isnin ini (19 September) tatkala Timor Leste akan menentang pasukan di tangga keempat, Singapura bagi merebut slot ke separuh akhir.

 

P

M

S

K

G

B

MT

VIETNAM

3

2

1

0

8

4

7

MALAYSIA

3

2

0

1

8

4

6

TIMOR LESTE

3

2

0

1

6

6

6

SINGAPURA

3

0

1

2

3

3

4

FILIPINA

3

0

0

3

4

10

0