KENYATAAN MEDIA DATUK ONG KIM SWEE BERHUBUNG PERSARAAN AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK & SAFIQ RAHIM DI PENTAS ANTARABANGSA

2016-07-13

Sudah tentu saya terkejut dengan pengumuman kedua-dua pemain ini lewat petang semalam tetapi pada masa yang sama saya berasakan yang mereka tentunya sudah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan tersebut.

 Bagi saya, ia satu kerugian tetapi jika benar ini keputusan mereka, kita harus menghormatinya kerana sudah pasti mereka berdua telah pun berbincang dengan keluarga masing-masing sebelum membuat keputusan.

 Saya percaya, ini merupakan keputusan peribadi dan kita perlu menghormatinya dan pada masa yang sama kita harus terus memikirkan siapa pengganti mereka yang perlu kita nilai dalam baki saingan Liga Super musim ini dan juga saingan Piala Malaysia yang baru bermula malam tadi untuk disenaraikan bagi menggalas tugas skuad Harimau Malaysia pada tugasan akan datang.

 Bagaimanapun jika keadaan berubah dan mereka menukar fikiran untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa akan datang, sudah tentu kita akan menilai semula kedudukan mereka berdasarkan prestasi semasa ketika itu.

 

DATUK ONG KIM SWEE

KETUA JURULATIH SKUAD KEBANGSAAN

RABU, 13 JULAI 2016