KEPUTUSAN KES TATATERTIB OLEH PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM (ARTIKEL 81) PADA 6 JULAI 2018

2018-07-10

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, YBhg. Datuk Baljit Singh Sidhu dengan menggunapakai Artikel 81 Kod Tatatertib FAM pada 6 Julai 2018 (Jumaat) telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Pemain Pasukan Kelantan – Mohd Khairul Asyraf Ramli

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2018, Kelantan lwn Kedah pada 8 Jun 2018 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan memukul bahagian muka dan menyepak bahagian kaki kanan Pemain Kedah (Andik Vermansyah).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatic serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

2. Pemain Pasukan PDRM, Argzim Redzovic

Perlawanan: Perlawanan Liga Premier 2018, Johor Darul Ta’zim II lwn PDRM pada 8 Jun 2018 di Stadium Majlis Perbandaran, Pasir Gudang.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menyiku bahagian dada Pemain Johor Darul Ta’zim II (Muhammad Fazly Mazlan).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

3. Pemain Pasukan Johor Darul Ta’zim II, Muhammad Fazly Mazlan

Perlawanan: Perlawanan Liga Premier 2018, Johor Darul Ta’zim II lwn PDRM pada 8 Jun 2018 di Stadium Majlis Perbandaran, Pasir Gudang.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk di bahagian pipi Pemain PDRM (Argzim Redzovic).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

4. Pemain Pasukan UKM FC, Mohamad Alif Jamaluddin

Perlawanan: Perlawanan Liga Premier 2018, Terengganu FC II lwn UKM FC pada 20 Jun 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menyiku di bahagian muka Pemain Terengganu FC II (Md Hassan Basri).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

5. Pemain Pasukan Terengganu FC II, Md Hassan Basri

Perlawanan: Perlawanan Liga Premier 2018, Terengganu FC II lwn UKM FC pada 20 Jun 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk di bahagian kepala Pemain UKM FC (Mohamad Alif Jamaluddin).