Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir ERA Piala FA 2014

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir ERA Piala FA 2014.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir ERA Piala FA 2014 telah memutuskan bahawa perlawanan akhir ini akan berlangsung pada 7 hb Jun 2014 (Sabtu) jam 8.45 malam bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.

Pasukan Pahang Darul Makmur akan menjadi pasukan tuan rumah manakala Pasukan Kuala Lumpur Felda United FC akan menjadi pasukan lawan didalam perlawanan akhir ini.

Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir memutuskan untuk menukar venue perlawanan akhir ERA Piala FA 2014 ke Stadium Shah Alam. Ini adalah kerana tumbesaran rumput masih belum ditahap yang sesuai digunakan dalam permainan bola sepak. Padang Stadium Bukit Jalil sedia digunakan untuk Piala Malaysia yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.

 

Penjualan Tiket

1.      Stadium Shah Alam mempunyai kapasiti seramai 70 ribu penyokong pada satu-satu masa.

2.      Tidak akan ada penjualan tiket perlawanan akhir di kaunter-kaunter jualan tiket di Stadium Shah Alam.

3.      Pembahagian tiket yang sama rata telah diberikan iaitu sebanyak 30 ribu tiket kepada kedua-dua pasukan.

4.      10 ribu tiket perlawanan boleh didapati melalui www.tickethotline.com.my bermula hari ini (3 Jun 2014) sehingga hari Jumaat (6 Jun 2014).

o   Pembelian maksimum sebanyak empat tiket sahaja yang dibenarkan dalam satu transaksi diatas talian.

5.      Pembelian tiket pasukan boleh didapati di lokasi-lokasi yang bakal diumumkan oleh pengurusan pasukan/kelab masing-masing

6.      Penebusan tiket yang dibeli secara diatas talian boleh dilakukan:

o   Tarikh: 4 Jun sehingga 7 Jun 2014

o   Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

o   Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

o   Harga: RM 40 (Dewasa)

             RM 5 (Kanak-Kanak)

Pintu Masuk

1.      Pintu masuk penyokong Kuala Lumpur Felda United FC: Kuadron A, Gate A

2.      Pintu masuk penyokong Pahang Darul Makmur: Kuadron B, Gate C

 

Tempat Letak Kereta

·         Penyokong pasukan Kuala Lumpur Felda United FC: Pintu A (Sebelah Go Kart, Stadium Melawati dan Tesco)

·         Penyokong pasukan Pahang Darul Makmur: Pintu C (Taman Ekstrem Shah Alam dan Giant)
 

Astro Menganjurkan “Live” Konsert

·         Masa: 4.00 petang- 6.00 petang

·         Tempat: Di dalam Stadium Shah Alam

·         Pintu akan dibuka pada: 4.00 Petang

Keselamatan

·         Wakil dari pihak polis, DSP Goh Lee Shen dari Bahagian Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam mengesahkan kehadiran anggota polis untuk memastikan keselamatan pada perlawanan akhir terkawal.

·         Para penyokong dilarang untuk membawa barangan larangan seperti

o   Mercun

o   Bunga api

o   Bom asap

o   Suar (flare)

o   Vuvuzela

o   Botol minuman yang berisi air

o   Ketulan ais

o   Laser.

·         Para penyokong juga diberi amaran untuk tidak membaling gulungan kertas ke kawasan persekitaran padang.

 

J Category: 
article/latest-news