Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2014

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2014.

Gambar: Wakil dari Pahang FA, Dato' Hamidin (Setiausaha Agung FAM), Dato' Sri Afandi (Timbalan Presiden FAM), dan wakil dari Felda United.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2014 memutuskan bahawa perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung pada 7 haribulan Jun 2014 (Sabtu) pada 8.45 malam bertempat di Stadium Shah Alam.

Pihak FAM secara sebulat suara untuk menukar lokasi perlawanan akhir Piala FA 2014 ke Stadium Shah Alam. Ini adalah kerana untuk memberi ruang kepada tumbesaran rumput di Stadium Bukit Jalil untuk mencapai tahap matang daripada menahan kesan permainan pada hari Sabtu ini.

Pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil mengesahkan bahawa padang Stadium Bukit Jalil sedia digunakan untuk Piala Malaysia yang akan berlangsung pada akhir tahun ini.

Pasukan Pahang Darul Makmur akan menjadi pasukan tuan rumah manakala Pasukan Felda United akan menjadi pasukan lawan didalam perlawanan akhir Piala FA 2014.

Penjualan Tiket

1.      Kapasiti Stadium Shah Alam mempunyai kapasiti untuk 70 ribu penyokong pada satu-satu masa.

2.      Menurut Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Afandi tidak akan ada penjualan tiket perlawanan akhir di kaunter-kaunter penjualan tiket di Stadium Shah Alam.

3.      Pembahagian sama rata tiket perlawanan akhir telah diberikan sebanyak 30 ribu tiket kepada kedua-dua pasukan.

4.      10 ribu tiket perlawanan boleh didapati melalui www.tickethotline.com.my bermula esok sehingga hari Jumaat.

o   Pembelian maksimum sebanyak empat tiket sahaja yang dibenarkan dalam satu transaksi diatas talian.

5.      Pembelian tiket boleh didapati di lokasi-lokasi yang bakal diumumkan oleh pengurusan kelab masing-masing

6.      Penebusan tiket yang dibeli secara diatas talian boleh dilakukan:

o   Tarikh: 4 Jun sehingga 7 Jun 2014

o   Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

o   Tempat: Stadium Shah Alam

o   Harga: RM 40 (Dewasa)

             RM 5 (Kanak-Kanak)

 

Tempat Letak Kereta

·         Penyokong pasukan Felda United: Pintu A (Sebelah Go Kart dan Tesco)

·         Penyokong dari pasukan Pahang: Pintu C (Taman Ekstrem Shah Alam dan Giant)

Astro Menganjurkan “Live” Konsert

·         Masa: 4 petang

·         Tempat: Di dalam kawasan Stadium Shah Alam

·         Pintu akan dibuka pada: 4 Petang

Keselamatan

·         Wakil dari pihak polis, DSP Goh Lee Shen dari Bahagian Ketenteraman Awam Daerah Shah Alam mengesahkan kehadiran anggota polis untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi pada hari perlawanan.

·         Para penyokong dilarang untuk membawa barangan larangan seperti

o   Mercun

o   Bunga api

o   Bom asap

o   Suar (flare)

o   Vuvuzela

o   Botol minuman yang berisi air

o   Ketulan ais

o   Laser.

·         Para penyokong juga diberi amaran untuk tidak membaling gulungan kertas ke kawasan persekitaran padang.

 

 

 

J Category: 
article/latest-news