KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA RAYUAN FAM PADA 5 FEBRUARI 2016

2016-02-05

Jawatankuasa Rayuan FAM dalam mesyuaratnya pada 5 Februari 2016 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut:

1. Rayuan bekas pemain pasukan Johor Darul Ta’zim II, Mohd Anis Faron bin Ahmad Arsidi terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bertarikh 10 Jun 2015 berhubung kes tindakannya dengan sengaja merosakkan pintu bilik persalinan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang selepas perlawanan Liga Premier 2015 di antara Pulau Pinang menentang Johor Darul Ta'zim II pada 3 April 2015 dan membuat kenyataan di laman 'Facebook' miliknya yang berunsur penghinaan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia.

  • Penggantungan daripada bermain terhadap Pemain, Mohd Anis Faron bin Ahmad Arsidi dikurangkan daripada enam (6) bulan kepada dua (2) bulan.
  • Hukuman denda berjumlah RM5,000.00 yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM terhadap Pemain telah ditingkatkan menjadi RM10,000.00.
  • Oleh kerana Pemain pada ketika ini masih tidak didaftarkan dengan mana-mana pasukan, maka penggantungan daripada bermain selama dua (2) bulan di atas hanya akan mula berkuatkuasa sebaik sahaja beliau didaftarkan untuk bermain bersama dengan mana-mana pasukan pada masa yang akan datang.
  • Pemain juga adalah dikehendaki untuk membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia berhubung kenyataan beliau di laman ‘Facebook’ miliknya yang mempunyai unsur penghinaan dan hasutan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan terma keputusan.

2. Rayuan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) terhadap hukuman denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bertarikh 10 Jun 2015 berhubung kes pembakaran suar di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi selepas tamat perlawanan Piala FA 2015 di antara Negeri Sembilan menentang Pulau Pinang pada 17 Mac 2015.

  • Hukuman denda berjumlah RM55,000.00 yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM terhadap PBNS telah dikurangkan menjadi RM30,000.00.