KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KE-10 BAGI PENGGAL 2017-2021

2019-02-08

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali ke-10 bagi penggal 2017-2021 pada 1 Februari 2019 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh 6 pemain terhadap Felda United FC berhubung tunggakan gaji dan bayaran-bayaran lain

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sebahagiannya dan Felda United FC dikehendaki membayar tunggakan gaji dan bayaran-bayaran lain seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Ahmad Syamim Yahya (RM259,591.20)

ii) Mohd Farizal Harun (RM167,491.40)

iii) Muhammad Azreen Zulkafali (RM38,930.70)

iv) Muhammad Hadin Azman (RM193,000)

v) Muhammad Shukor Adan (RM390,681.90)

vi) Wan Zack Haikal Wan Nor (RM278,223.60)

Jika Felda United gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

2. Tuntutan dikemukakan oleh 3 pegawai terhadap Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak PDRM dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Hazrol Ahamed (RM24,000)

ii) Mohammad Fazil Abd Rahim (RM24,000)

iii) Muhammad Khalid Jamlus (RM42,000)

Jika Persatuan Bolasepak PDRM gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

3. Tuntutan dikemukakan oleh 2 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan PFA dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Famirul Asraf Sayuti (RM23,000)

ii) Mohd Alafi Mahmud (RM29,000)

Jika PFA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

4. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pegawai terhadap Kuantan FA berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu, Mohammad Fazil Abd Rahim telah diterima sepenuhnya dan Kuantan FA dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM39,600 (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

Jika Kuantan FA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

5. Tuntutan dikemukakan oleh 4 pegawai terhadap Hanelang FC berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Hanelang FC dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Ahmad Yusoff (RM105,000)

ii) Muhammad Iftiqar Ahmad Termizi (RM27,000)

iii) Syed Azla Syed Muhamad (RM30,000)

iv) Tengku Alias Tengku Ibrahim (RM48,000)

Jika Hanelang FC gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

6. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pemain terhadap Hanelang FC berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu, Reeshafiq Alwi telah diterima sepenuhnya dan Hanelang FC dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM14,000 (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

Jika Hanelang FC gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

7. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pegawai terhadap Terengganu City FC berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu, Anuar Jusoh telah diterima sebahagiannya dan Terengganu City FC dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM42,000 (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dan tunggakan elaun perumahan sebanyak RM6,000 dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

Jika Terengganu City FC gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

8. Tuntutan dikemukakan oleh 10 pemain terhadap Terengganu City FC berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Terengganu City FC dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Jasmir Mehat (RM16,000)

ii) Lee Yong Cheng (RM16,000)

iii) Mohamad Zahier Abu Sahit (RM12,000)

iv) Mohd Dzaiddin Zainuddin (RM20,000)

v) Mohd Hafiszuan Salehuddin (RM20,000)

vi) Mohd Rahizi Mohd Rasib (RM24,000)

vii) Muhammad Sabri Adam (RM24,000)

viii) Reeshafiq Alwi (RM21,000)

ix) Rusmanizam Roseland (RM18,000)

x) Shafuan Adli Shaari (RM20,000)

Jika Terengganu City FC gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

MOHD JOEHARI AYUB

PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM