KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KEENAM BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-09-04

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali keenam bagi penggal 2017-2021 pada 27 Ogos 2018 (Isnin) telah mencapai keputusan berikut:

1. Tuntutan dikemukakan oleh 6 pemain terhadap Kelab Bolasepak Terengganu City berhubung tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya kecuali tuntutan Mohd Norhafizzuan Jailani yang diterima sebahagiannya dan Kelab Bolasepak Terengganu City dikehendaki membayar tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Azrul Hazran Amiludin Baki (RM40,000)

ii) Mohd Norhafizzuan Jailani (RM59,000)

iii) Rahmat Hassan (RM40,000)

iv) Ros Mohd Muharam Wahab (RM24,000)

v) Sani Anuar Kamsani (RM80,000)

vi) Zailan Mohamad (RM40,000)

Jika Kelab Bolasepak Terengganu City gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

2. Tuntutan dikemukakan oleh 29 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Perlis berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Perlis dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Ahmad Qushairi Mustafa (RM12,000)

ii) Asrin Kalam (RM14,300)

iii) Azrizan Ahmad (RM14,300)

iv) Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman (RM18,300)

v) Firman Zamri (RM20,300)

vi) Muhamad Alif Rohizat (RM10,000)

vii) Muhamad Asyraf Amil (RM14,000)

viii) Muhammad Fakhri Mohd Zain (RM18,300)

ix) Muhamad Syahrizal Shaharin (RM16,300)

x) Muhammad Hafizi Mat Podzi (RM18,300)

xi) Muhammad Hamizan Aiman Pairol (RM14,000)

xii) Muhammad Hamzah Ahmad (RM16,300)

xiii) Muhammad Hazim Che Harizal (RM4,000)

xiv) Muhammad Syahrizan Shukor (RM18,300)

xv) Muhd Aidil Adha Masri (RM14,000)

xvi) Mohamad Azmin Fitri Ramli (RM10,000)

xvii) Mohamad Syazwan Nordin (RM16,300)

xviii) Mohamed Razif Hafizi Abdul Ghani (RM18,300)

xix) Mohd Akmal Mohd Noor (RM16,300)

xx) Mohd Fahmy Izzarin Mustafa (RM12,000)

xxi) Mohd Firdaus Zulkafli (RM18,300)

xxii) Mohd Hafiz Abu Bakar (RM16,300)

xxiii) Mohd Ikmal Ibrahim (RM18,300)

xxiv) Mohd Norhamizaref Hamid (RM18,300)

xxv) Nashrul Shazrin Roslan (RM18,300)

xxvi) Shaik Awish Alkirani Shaik Haronarashib (RM18,300)

xxvii) Wan Khairul Faiz Kamaruddin (RM25,500)

xxviii) Wan Zulhilmi Wan Mustafa (RM18,300)

xxix) Zahrul Nizwan Joe Kifli (RM14,300)

Jika Persatuan Bolasepak Perlis gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

 

MOHD JOEHARI AYUB

PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM