KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KESEMBILAN BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-12-05

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali kesembilan bagi penggal 2017-2021 pada 3 Disember 2018 (Isnin) telah mencapai keputusan berikut:

1. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Kedah berhubung penamatan kontrak melalui tebus kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu, Muhammad Akhyar Abdul Rashid telah diterima sepenuhnya dan pengadu adalah dibenarkan untuk menebus kontrak pemain bolasepak bersama Persatuan Bolasepak Kedah dengan bayaran nilai tebus kontrak sebanyak RM210,000.

Mana-mana pasukan yang menandatangani kontrak pemain bolasepak bersama Pengadu seterusnya adalah dikehendaki untuk membayar kepada Responden, Persatuan Bolasepak Kedah sebanyak RM75,000 untuk pampasan latihan Pengadu.

 

2. Tuntutan dikemukakan oleh 2 pemain terhadap Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak dan pampasan kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia dikehendaki membayar pampasan kontrak seperti jumlah dinyatakan di bawah dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Muhammad Nurikhwan Mohamad Ismail (RM30,000)

ii) Mohamad Rahimi Rahim (RM21,000)

Jika Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

3. Tuntutan dikemukakan oleh 4 pegawai terhadap Kelab Bolasepak Terengganu City berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sebahagiannya dan Kelab Bolasepak Terengganu City dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Muhamad Shadiduddin Sehat (RM14,000)

ii) Hamdan Mohamad (RM42,000)

iii) Muhammad Naim Mazlan (RM14,000)

iv) Md Noor Md Derus (RM72,000)

Jika Kelab Bolasepak Terengganu City gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

4. Tuntutan dikemukakan oleh 12 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Muhammad Amer Syafeeq Aziz (RM36,000)

ii) Hazwan Fakhrullah Mohd Zuridi (RM48,000)

iii) Khairul Nidzam Mohammad Noor (RM30,000)

iv) Mohamad Hariz Fazrin Mohd Nazri (RM54,000)

v) Mohd Kamal Rodiarjat Md [email protected] (RM54,000)

vi) Mohamad Nabil Ahmad Latpi (RM30,000)

vii) Mohd Sheril Anuar Saini (RM30,000)

viii) Muhamad Baqiuddin Shamsudin (RM42,000)

ix) Muhammad Hariz Irffan Mohd Nazri (RM36,000)

x) Muhammad Ilham Yusof (RM48,000)

xi) Muhammad Nazri Mohd Kamal (RM78,000)

xii) Muhammad Rafizi Zahari (RM36,000)

Jika Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 

5. Tuntutan dikemukakan oleh 6 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Pulau Pinang berhubung tunggakan gaji dan bayaran-bayaran lain

Keputusan: Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang dikehendaki membayar tunggakan gaji dan elaun perumahan seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

i) Mohd Alafi Mahmud (RM38,000)

ii) Muhammad Al-Hafiz Hamzah (RM54,000)

iii) Mohd Lot Abu Hassan (RM33,000)

iv) Mohd Fittri Shazwan Raduwan (RM78,000)

v) Norhafiz Zamani Misbah (RM78,000)

vi) Mohd Raimi Md Noor (RM117,000)

Jika Persatuan Bolasepak Pulau Pinang gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi.

 
MOHD JOEHARI AYUB

PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM