KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 28 APRIL 2016

2016-04-29

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 28 April 2016 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

  1. Tindakan pegawai pasukan Perak, Syamsul Mohd Saad yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan semasa perlawanan Liga Super 2016 di antara Johor Darul Ta’zim lawan Perak pada 5 April 2016 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor.
  • Pegawai, Syamsul Mohd Saad telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Digantung selama empat (4) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:
  1. Perlawanan Liga Super 2016 di antara Perak lawan Pahang pada 9 April 2016 di Stadium Perak, Ipoh (penggantungan perlawanan secara automatik);
  1. Perlawanan Liga Super 2016 di antara PDRM lawan Perak pada 4 Mei 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka;
  1. Perlawanan Liga Super 2016 di antara Sarawak lawan Perak pada 18 Mei 2016 di Stadium Negeri, Kuching; dan
  1. Perlawanan Liga Super 2016 di antara Perak lawan Sarawak pada 21 Mei 2016 di Stadium Perak, Ipoh.
  1. Pegawai juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

  1. Tindakan penyokong pasukan Kedah yang telah membakar suar selepas perlawanan Piala FA 2016 di antara Kedah lawan Sabah pada 1 April 2016 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
  • Persatuan Bolasepak Kedah telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 42 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Pelanggaran berulang’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Didenda sebanyak RM10,000.00; dan

ii.             Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

  1. Tindakan penyokong pasukan Melaka yang telah melontar botol air minuman dan memanjat pagar untuk menyertai pergeseran dengan penyokong pasukan Negeri Sembilan semasa perlawanan Liga Premier 2016 di antara Melaka lawan Negeri Sembilan pada 1 Mac 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
  • Persatuan Bolasepak Melaka telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’  dan ‘Artikel 68 (e) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Penganjuran perlawanan’  dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Didenda sebanyak RM15,000.00; dan
  1. Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

  1. Tindakan penyokong pasukan Negeri Sembilan yang telah melontar botol air minuman  ke arah penyokong pasukan Melaka semasa perlawanan Liga Premier 2016 di antara Melaka lawan Negeri Sembilan pada 1 Mac 2016 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
  • Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70.2 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:
  1. Didenda sebanyak RM5,000.00; dan
  1. Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.