KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 3 MEI 2017

2017-05-04

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 3 Mei 2017 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pemain pasukan T-Team, Muhammad Fakhrurazi Musa

Perlawanan: Liga Super, Perak lwn T-Team di Stadium Perak, Ipoh pada 8 April 2017

Kesalahan: Melanggar Artikel 59, Kod Tatatertib FAM berkenaan kelakuan yang menyinggung & fair play apabila mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan.

Hukuman: Digantung 3 perlawanan (Liga Super: Kedah lwn T-Team, 24 Mei 2017; Liga Super: Selangor lwn T-Team, 1 Julai 2017 & Liga Super: T-Team lwn Kelantan, 11 Julai 2017), didenda RM3,000 serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

 

2. Pemain pasukan Pulau Pinang, Mafry Balang

Perlawanan: Liga Super, Felda United lwn Pulau Pinang di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 9 April 2017

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan apabila telah dilayangkan kad merah kerana berkelakuan ganas menendang bahagian paha pemain Felda United, Gaston Cellerino.

Hukuman: Digantung 3 perlawanan (Liga Super: Pulau Pinang lwn Kelantan, 15 April 2017 (penggantungan automatik); Liga Super: Pulau Pinang lwn Felda United, 7 Mei 2017 & Liga Super: Kelantan lwn Pulau Pinang, 24 Mei 2017), didenda RM3,000 serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

 

3. Pemain pasukan Sabah, Dendy Lowa

Perlawanan: Liga Premier, Terengganu lwn Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 7 April 2017

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan apabila telah dilayangkan kad merah kerana berkelakuan ganas memijak bahagian perut pemain Terengganu, Issey Farran Nakajima.

Hukuman: Digantung 3 perlawanan (Liga Premier: Sabah lwn Kuantan FA, 14 April 2017 (penggantungan automatik); Liga Premier: Sabah lwn Terengganu, 5 Mei 2017 & Liga Premier: Kuantan FA lwn Sabah, 24 Mei 2017), didenda RM3,000 serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

 

4. Pemain pasukan UiTM FC, Mohd Zulkiffli Zakaria

Perlawanan: Piala Presiden, UiTM FC lwn Terengganu di Stadium UiTM, Shah Alam pada 13 April 2017

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan apabila telah dilayangkan kad merah kerana berkelakuan ganas menampar bahagian pipi pemain Terengganu, Muhammad Fakrul Wahib.

Hukuman: Digantung 3 perlawanan (Piala Presiden: Pulau Pinang lwn UiTM FC, 17 April 2017 (penggantungan automatik); Piala Presiden: Kelantan lwn UiTM FC, 4 Mei 2017 & Piala Presiden: UiTM FC lwn Sarawak, 8 Mei 2017), didenda RM1,000 serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

 

5. Pemain pasukan Terengganu, Muhammad Fakrul Wahib

Perlawanan: Piala Presiden, UiTM FC lwn Terengganu di Stadium UiTM, Shah Alam pada 13 April 2017

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1 (d), Kod Tatatertib FAM berkenaan salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan apabila telah dilayangkan kad merah kerana berkelakuan ganas menumbuk bahagian dada pemain UiTM FC, Mohd Zulkiffli Zakaria.

Hukuman: Digantung 3 perlawanan (Piala Presiden: Terengganu lwn Sarawak, 17 April 2017 (penggantungan automatik); Piala Presiden: Terengganu lwn Felda United, 4 Mei 2017 & Piala Presiden: Melaka lwn Terengganu, 8 Mei 2017), didenda RM1,000 serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama.

 

6. Pasukan Piala FAM 2016, Persatuan Bolasepak Ipoh

Kesalahan: Melanggar Artikel 67, Kod Tatatertib FAM berkenaan kegagalan menghormati keputusan apabila Persatuan Bolasepak Ipoh tidak menjelaskan gaji tertunggak empat bekas pemainnya iaitu Muhammad Ammar Abd Aziz, Sirajuddin Isa, Muhamad Hasnan Mat Isa dan Muhammad Azwan Jatin dalam tempoh yang ditetapkan selepas diarahkan untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Status FAM yang bermesyuarat pada 23 Disember 2016.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500 bagi setiap kes iaitu jumlah keseluruhannya RM6,000 (4 kes) serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

 

7. Pasukan Piala FAM 2016, DYS FC

Kesalahan: Melanggar Artikel 67, Kod Tatatertib FAM berkenaan kegagalan menghormati keputusan apabila DYS FC masih belum menjelaskan gaji tertunggak empat bekas pemainnya iaitu Razid Gafar, Mohd June Azrul Lalah, Zainizam Marjan dan Mohd Reithuddin Ag Emran walaupun telah diarahkan untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Status FAM yang bermesyuarat pada 23 Februari 2017.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500 bagi setiap kes iaitu jumlah keseluruhannya RM6,000 (4 kes), diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan keputusan ini serta diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika gagal atau lalai mematuhi tempoh yang diberikan.

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM

RABU, 3 MEI 2017