KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 8 FEBRUARI 2017

2017-02-09

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 8 Februari 2017 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

1.            Tindakan Ketua Jurulatih pasukan Pulau Pinang, Ashley Westwood yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan dan pihak lawan semasa perlawanan Liga Super 2017 di antara Pulau Pinang lawan Perak pada 27 Januari 2017 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

  • Ashley Westwood telah didapati bersalah kerana melanggar  ‘Artikel 51.1 (a) Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 59 (a) Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Kelakuan menyinggung dan Fair Play’ dan ‘Artikel 50.1 (c) Kod Tatatertib FAM’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’  dan dikenakan hukuman berikut:

i. Digantung empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

a)      Perlawanan Liga Super 2017 di antara T-Team FC lawan Pulau Pinang pada 4 Februari 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu (penggantungan perlawanan secara automatik);

 

b)        Perlawanan Liga Super 2017 di antara Pulau Pinang lawan Sarawak pada 11 Februari 2017 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan;

 

c)         Perlawanan Liga Super 2017 di antara Pahang lawan Pulau Pinang pada 18 Februari 2017 di Stadium Darul Makmur, Kuantan; dan

 

d)         Perlawanan Liga Super 2017 di antara Kedah lawan Pulau Pinang pada 25 Februari 2017 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

 

ii.  Didenda sebanyak RM2,000.00

iii.  Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

 

DATO’ KANG HWEE GEE

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB

RABU, 8 FEBRUARI 2017