KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KEENAM BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-05-03

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali keenam bagi penggal 2017-2021 pada 3 Mei 2018 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1. Ketua Jurulatih Pasukan Kuala Lumpur – Fabio Joaquim Maciel Da Silva

Perlawanan: Perlawanan Piala FA 2018, Kuala Lumpur lwn Selangor pada 7 April 2018 di Stadium KLFA, Cheras.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan mencekik leher dan menolak Pemain Selangor (Mohd Amri Yahyah).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatic; didenda sebanyak RM2,000.00 dan dikehendaki untuk menjelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

  

2. Pemain Pasukan Kuala Lumpur, Guilherme De Paula Lucrecio

Perlawanan: Perlawanan Piala FA 2018, Kuala Lumpur lwn Selangor pada 7 April 2018 di Stadium KLFA, Cheras.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menumbuk Pemain Selangor (Abdul Halim Zainal).

Hukuman: Penggantungan dua (2) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

3. Pasukan Felcra FC

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM65,000.00 kepada Pengadu, Azi Shahril Bin Azmi.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

4. Pasukan Felcra FC

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM120,000.00 kepada Pengadu, Yusri Bin Che Lah.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

5. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM14,000.00 kepada Pengadu, Muhammad Afham Bin Zulkipeli.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

6. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM16,000.00 kepada Pengadu, Muhammad Chairi Emmir Solehaddin Bin Abu Bakar.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

7. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM16,000.00 kepada Pengadu, Muhammad Fikri Bin Elhan.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

8. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM14,000.00 kepada Pengadu, Muhammad Hadzirun Bin Che Hamid.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

9. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM16,000.00 kepada Pengadu, Izzat Bin Abd Rahim.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

10. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM14,000.00 kepada Pengadu, Ahmad Nazrin Bin Ahmad Nazim.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

11. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM16,000.00 kepada Pengadu, Mohd Razif Bin Abd Rahim.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

12. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM14,000.00 kepada Pengadu, Muhamad Razren Bin Mohd Jesni.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

13. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM12,000.00 kepada Pengadu, Mohamad Syafiq Redzuan Bin Mohd Pauzee.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

14. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM12,000.00 kepada Pengadu, Mohamad Muhamad Syauki Bin Abd Wahab.

Hukuman: Didenda sebanyak RM1,500.00 di atas kesalahan melanggar Artikel 67.1’ Kod ini; diarahkan untuk menjelaskan kesemua amaun tertunggak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika gagal atau enggan mematuhi tempoh yang diberikan. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

 

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM