KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KETUJUH BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-08-30

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 28 Ogos 2018 (Selasa) telah mencapai keputusan berikut:

1. Persatuan Bolasepak Melaka

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2018, Melaka lwn Kuala Lumpur pada 9 Jun 2018 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kesalahan: Melanggar Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakan penyokong Pasukan Melaka yang menyalakan bom asap dan melepaskan mercun roket ke udara semasa perlawanan tersebut.

Hukuman: Didenda sebanyak RM5,000.00 dan dikehendaki untuk menjelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini; serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

  

2. Pemain Pasukan Kedah, Paulo Rangel Do Nascimento Gomes

Perlawanan: Perlawanan Liga Super 2018, Kedah lwn Johor Darul Ta’zim pada 13 Julai 2018 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menendang penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (Mohd Farizal Marlias).

Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda RM3,000.00 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

3. Pemain Pasukan Selangor United MPSJ, Nor Hawa Md Yasin

Perlawanan: Perlawanan Liga Futsal Kebangsaan 2018, Selangor United MPSJ lwn Perak pada 12 Ogos 2018 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Kesalahan: Melanggar Artikel 51.1(a) dan (b) dibaca bersama dengan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat didapati salahlaku terhadap pegawai perlawanan dan kelakuan yang menyinggung dan fair play.

Hukuman: Dengan menggunapakai Artikel 35 Kod ini, penggantungan tiga (3) bulan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. Perlawanan Bolasepak dan Futsal dibawah kelolaan/anjuran FAM termasuk Perlawanan Persahabatan dan Perlawanan Rasmi dan TIdak Rasmi Pasukan Kebangsaan wajib dilaksanakan dari 28 Ogos 2018 hingga 27 November 2018 dan penggantungan tiga (3) bulan dari 28 November 2018 hingga 27 Februari 2019 adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik Pemain selama setahun serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.  

  

DATUK BALJIT SINGH SIDHU

PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB FAM