Latihan dan Pemilihan Pasukan Kebangsaan untuk Perlawanan Persahabatan Antarabangsa dan Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan ini telah mengatur jadual latihan untuk Pasukan Bolasepak Kebangsaan sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015.

Bagi memenuhi maksud tersebut di atas, Pasukan Kebangsaan akan mengadakan latihan dan pemilihan bertempat di Wisma FAM, Jalan SS 5A / 9, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.Berikut adalah jadual bagi Pasukan Kebangsaan:               

Bil

Perkara

Tarikh

Tempat

1

Latihan Pusat (Tempatan)

01.10.2013 – 05.10.2013

Wisma FAM

2

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 'A' (UAE vs Malaysia) 9 Oktober 2013

06.10.2013 - 10.10.2013

Shenzen, China

3

Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 (Malaysia vs Bahrain) 15 Oktober 2013

11.10.2013 - 16.10.2013

Wisma FAM

Pemain – pemain dikehendaki melapor diri pada hari Selasa, 01 Oktober 2013 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Bolasepak Kebangsaan, YBhg Datuk K. Rajagobal di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor sebelum 3.00 Petang.

Manakala empat belas (14) orang pemain dibawah diminta bersedia untuk menjalani latihan dan pemilihan sekiranya dipanggil untuk menggantikan mana-mana pemain sekiranya terdapat pemain-pemain yang disahkan oleh Doktor Pasukan mengalami kecederaan.

J Category: 
uncategorised7