LFK 2017: MELAKA SAH JUARA LELAKI, FELDA UNITED 'SEBELAH TANGAN' JULANG KEJUARAAN WANITA

2017-05-06

Melaka akhirnya sah bergelar juara kategori lelaki Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Felda United 6-5 pada hari pertama Sirkit 9 (sirkit terakhir) di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini.

 Sementara bagi kategori wanita, Felda United sudah boleh dianggap 'sebelah tangan' menjulang kejuaraan selepas mudah membelasah pasukan kedua tercorot, Sarawak 14-1.

 Pada saingan kategori lelaki, Melaka kendalian Mohamad I'sah Abd Rahim tidak perlu menunggu sehingga perlawanan terakhir bertemu Pahang esok bagi mengesahkan kejuaraan memandangkan Felda United bimbingan Addie Azwan Zainal sudah tidak mampu memintas kedudukan mereka di tangga teratas.

 Selepas 15 perlawanan, Melaka kekal di tangga teratas selaku juara dengan 43 mata diikuti Felda United 34 mata dan Pahang di tangga ketiga dengan 32 mata selepas diikat pasukan tangga keempat, KL City FC 3-3.

 Perak kekal di tangga kelima dengan 22 mata selepas menundukkan pasukan tercorot, KL Petaling Putra FC 9-4 manakala Kuala Lumpur TPD FC turut kekal di keenam selepas menang tipis 3-2 ke atas pasukan tangga ketujuh, T-Team.

 Bagi saingan kategori wanita pula, pasukan tangga kedua, Kuala Lumpur Ally Group kendalian Masri Mohd Jan memastikan pengesahan kejuaraan Felda United hanya boleh ditentukan esok selepas mereka berjaya meraih tiga mata penuh menewaskan pasukan tercorot, ATM 4-0.

 Selepas sembilan perlawanan, Felda United kekal di tangga teratas dengan 25 mata diikuti Kuala Lumpur Ally Group dengan 22 mata dan Perak sah muncul pemenang tempat ketiga selepas menewaskan pasukan tangga keempat, PDRM 4-2 untuk mengumpul 18 mata.

 Secara 'tidak rasmi', Felda United kendalian Rozmin Musa sebenarnya sudah bergelar juara memandangkan mereka memiliki kelebihan perbezaan gol yang cukup besar dan hanya mampu dipintas jika mereka tewas dengan jaringan besar kepada Kuala Lumpur Ally Group pada perlawanan terakhir esok.

 Hari kedua Sirkit 9 akan bermula jam 9 pagi esok dengan empat perlawanan kategori lelaki dan tiga perlawanan kategori wanita.

 Majlis penyampaian hadiah akan berlangsung pada jam 7.45 malam esok, sejurus selepas tamat perlawanan terakhir kategori lelaki antara Perak bertemu Felda United jam 6.00 petang.

 

KEPUTUSAN HARI PERTAMA SIRKIT 9

 

(Kategori Lelaki)

 

KUALA LUMPUR TPD 3

Dzulkamal Ariffin Md Ruzi 23'

Al Haziq Adnan 26' 37'

T-TEAM 2

Muhammad Asyraf Mohd 23'

Mohd Zaid Mazalan 39'

 

PAHANG 3

Muhammad Akmal Hakimi Mohd Naim 14'

Ahmad Hanafi Mohd Nasir 17'

Mohd Ridzwan Bakri 36'

KL CITY FC 3

Hazizi Mansor 9' 16'

Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar 39'

 

PERAK 9

Wan Norhisyam Ar Wan Nasri 3'

Mohd Syarul Nizam Ag Hassan 3'

Abdul Halim Arbi Radzuan 13'

Muhammad Faizul Azuan Ramli Sharip 15' 20'

Syahiran Jasni Harishan 17' 27'

Muhammad Firdaus Zulkefli 24'

Mohd Ridhwan Zainal 30'

KL PETALING PUTRA FC 4

Syurkery Mohamed 10' 33'

Mohamad Ammar Syafiq Jamaludin 22'

Nur Asrul Affendi Hamdan 39'

 

FELDA UNITED 5

Muhammad Akmal Yazadh Amri 6'

Syed Aizad Daniel Syed Nasir 12' 16'

Mohd Azwann Ismail 16'

Mohamad Ali Mahat 39'

MELAKA 6

Syed Aizad Daniel Syed Nasir (GS) 2'

Saiful Nizam Mohamad Ali 11'

Hafiz Roslan (GS) 12'

Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin 31'

Muhammad Awaluddin Hassan 37'

Saiful Aula Ahmad 38'

 

(Kategori Wanita)

 

KUALA LUMPUR ALLY GROUP 4

Naziratul Amira Ahmad Nasri 12'

Steffi Sarge Kaur 22'

Rebecca Jane Harding 26' 39'

ATM 0

 

PERAK 4

Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin 26'

Nuraiin Shafika Omar 27'

Felicity Agnes Ng 35'

Intan Sarah Anisah Zulgafli 34'

PDRM 2

Mas Mulsah Ismail 10' 19'

 

SARAWAK 1

Nur Azian Sapiee 19'

FELDA UNITED 14

Nor Faizah Md Akhir 4'

Siti Asnidah Zamri 8' 26' 27' 36'

Hannani Adriana Shamsul Azizan 9' 31'

Siti Nur Atiqah Rashid 14'

Farah Najihah Abdul Aziz 19'

Noor Hedayah Md Amin 23'

Farahiyah Muhd Ridzuan 27' 37' 40'

Fatin Shahida Azmi 28'

 

 

* Langgan saluran rasmi youtube FAMTV bagi mengikuti video sedutan gol perlawanan LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA