MALAYSIA GAGAL KE SEPARUH AKHIR KEJUARAAN AFF B-19 2016

2016-09-19

Skuad B-19 negara kendalian jurulatih Frank Bernhardt gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan AFF B-19 2016 selepas tewas 3-1 kepada Vietnam pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Hang Day, Hanoi malam tadi.

Pemain tengah, Tran Duy Khanh meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-13. Ketangkasan penjaga gawang, Damien Lim memastikan kedudukan pada separuh masa pertama berakhir 1-0.

Bersambung babak kedua, gawang Malaysia bocor menerusi jaringan Oan Van Hau pada minit ke-80 sebelum penyerang, Jafri Firdaus Chew merapatkan kedudukan pada minit ke-90. Bagaimanapun, jaringan Nguyen Tien Linh pada masa kecederaan memastikan Vietnam menungguli saingan Kumpulan A dengan 10 mata diikuti Timor Leste yang berjaya menumpaskan Singapura 2-0 di tangga kedua dengan 9 mata tatkala Malaysia sekadar di tangga ketiga dengan 6 mata, Singapura (4) dan Filipina (0).

Pada edisi tahun lalu, skuad bimbingan Hassan Sazali meraih tempat keempat setelah tewas penentuan penalti 2-3 kepada pasukan Laos selepas kedudukan masa penuh terikat 1-1.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-19, FRANK BERNHARDT

"Yang menyebabkan pasukan kami tersingkir pada hari ini bukan kerana tewas menentang Vietnam tetapi kekalahan mengejut kepada Timor Leste tempoh hari. Kami tidak sepatutnya tewas pada perlawanan itu.

"Para pemain juga gagal menyempurnakan peluang di depan pintu gol dan turut gagal menjaringkan lebih banyak gol. Di babak kedua perlawanan, pemain sudah kepenatan dan permainan sudah menjadi perlahan.

"Kami terpaksa bermain 90 minit selang sehari sedangkan pasukan seperti Timor Leste dan Vietnam mempunyai rehat sehingga tiga hari. Ini jelas memberikan masalah kepada pemain yang kepenatan akibat tidak mendapat rehat secukupnya."

KEDUDUKAN AKHIR KUMPULAN A

 

P

M

S

K

G

B

MT

VIETNAM*

4

3

1

0

11

5

10

TIMOR LESTE*

4

3

0

1

8

7

9

MALAYSIA

4

2

0

2

10

7

6

SINGAPURA

4

1

1

2

3

5

4

FILIPINA

4

0

0

4

5

13

0

*Layak ke pusingan separuh akhir