MENJUNJUNG KASIH KEPADA DYMM SULTAN JOHOR ATAS KURNIA SUMBANGAN RM4 JUTA KEPADA PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

2017-08-02

Saya dan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor atas kurnia sumbangan baginda berjumlah RM4 Juta kepada FAM.

Sumbangan ini adalah sebahagian pemberian bonus kepada pasukan kebangsaan Bawah-22 yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China.

Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya.

 

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)