PERLAWANAN ANTARABANGSA "A": MALAYSIA 7-0 BHUTAN

2018-04-02

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe cemerlang mencatatkan kemenangan 7-0 mengatasi Bhutan dalam aksi persahabatan antarabanga ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam

Wan Zack Haikal mula meletakkan Malaysia 1-0 di hadapan menerusi tandukan kencang selepas menerima hantaran dari Zaquan Adha pada minit ke-10.

Pada minit ke-19 kapten pasukan antarabangsa Zaquan Adha mudah menyempurnakannya sepakan penalti yang dihadiahkan untuk kedudukan 2-0.

Pemain pertahanan, Irfan Zakaria terus menambah gol ketiga Harimau Malaya selepas menanduk masuk gol melalui sepakan penjuru pada minit ke-28 sebelum kapten pasukan, Zaquan Adha menyempurnakan hatriknya pada minit ke-36 dan minit ke-39 mengakhiri babak pertama, Malaysia selesa 5-0 di depan.

Dalam babak kedua, Zaquan Adha terus cemerlang dengan menyudahkan hantaran daripada Nazirul Naim untuk gol keempat peribadinya dalam perlawanan ini pada minit ke-54 serta meletakkan Malaysia mengukuhkan cengkaman 6-0.

Pemain gantian, Syafiq Ahmad melengkapkan kemenangan Harimau Malaya apabila menanduk masuk gol sepakan penjuru oleh Syazwan Andik pada minit ke-74 untuk membolehkan pasukan kebangsaan melangkah keluar padang dengan keputusan 7-0 mengatasi Bhutan.

 

Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat (PG), Ariff Farhan Md Isa (Syahmi Safari 78’), Irfan Zakaria, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim (Syazwan Andik Ishak 61’), Mahali Jasuli (Kogileswaran Raj 61’), Akram Mahinan, Wan Zack Haikal Wan Nor (Shahrel Fikri Fauzi 74’), Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid (Syafiq Ahmad 45’), Zaquan Adha Abd Radzak (K) (Noor Hakim Hassan 61’).

Bhutan: Kinzang Gyeltshen (PG) (Ngawang Jamphel 45’), Yeshi Dorji (Jigme Tsheltrim 45’), Jigme Thsering Dorjee (K), Chimi Dorji, Diwash Subba (Dawa Tshering 45’), Orgyen Wangchuk Tshering (Lhendup Dorji 45’), Nima Wangdi, Kencho Tobgay, Biren Basnet (Chencho 45’), Sonam Tobgay, Dorji (Chuma Dorji Lepcha 45’).

Pengadil: Nagor Amir bin Noor Mohamed (Malaysia)

Image may contain: one or more people, people playing sports, stadium, outdoor and text