PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA TERIMA ANUGERAH KEAHLIAN GANGSA UNTUK PIAGAM AKAR UMBI AFC

2018-11-21

Persatuan Bolasepak Malaysia Terima Anugerah Keahlian Gangsa untuk Piagam Akar Umbi AFC

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah dianugerahkan keahlian Gangsa untuk Piagam Akar Umbi AFC atas usaha yang berterusan dalam meningkatkan mutu pembangunan akar umbi di seluruh negara.

Piagam Akar Umbi merupakan kaedah untuk Ahli Gabungan meningkatkan kualiti program pembangunan akar umbi.

FAM telah berjaya memenuhi segala kriteria anugerah ini yang mengenal pasti prestasi untuk 20 kategori seperti pertandingan peringkat akar umbi, pendidikan kejurulatihan, fair play, rakan kongsi dan pembangunan individu.

Kini, FAM sudah memiliki sebuah pelan hala tuju program Akar Umbi, dengan misinya untuk menyediakan peluang buat kanak-kanak untuk bermain di dalam persekitaran yang seronok dan selamat. Program Akar Umbi telah dikenal pasti sebagai salah satu dasar pembangunan utama di dalam pelan strategik FAM F:30 Roadmap yang telah dilancarkan baru-baru ini. Pelancaran pelan hala tuju F:30 tersebut membuktikan bahawa FAM sedang dalam usahanya memacu program bola sepak akar umbi negara ke peringkat yang lebih tinggi. 

Sejak 9 bulan yang lalu, FAM telah menyaksikan pertumbuhan yang sangat hebat melalui program akar umbinya di mana seramai 3190 kanak-kanak lelaki dan perempuan telah terlibat di dalam program ini.

----

Football Association of Malaysia Receives AFC Grassroots Charter Bronze Membership

The Football Association of Malaysia (FAM) has been awarded the AFC Grassroots Charter Bronze membership for its continuous efforts in raising the standard of the grassroots throughout the country.

The Grassroots Charter is a development tool for Member Associations to raise the quality of their grassroots programmes.

It identifies 20 performance categories, such as grassroots competitions, coaching education, fair play, partnerships, and personal development, which have all been met by FAM.

Today, FAM has a clear Grassroots roadmap, and a mission to promote football by providing children the opportunity to play in a safe and enjoyable environment. Grassroots is recognized as one of the key development pillars in the strategic plan of the recently launched FAM F:30 Roadmap. The launch of F:30 only proves that FAM is gearing up its efforts to bring the country's grassroots football to a higher level.

In the past 9 months, FAM has witnessed tremendous growth through its grassroots programmes, where a total of 3190 boys and girls have participated thus far.