Piala FA 2014: Harimau Muda C 0-2 Selangor

Harimau Muda C tewas 2-0 apabila bertemu Selangor melalui sentuhan Paulo Rangel dan Junior Aparecido di Stadium Petaling Jaya di sini semalam. (22 Januari 2014)

Selangor dipaksa bekerja keras untuk menembusi benteng pertahanan Harimau Muda C, malah terpaksa menunggu sehingga babak kedua sebelum memecah kebuntuan menerusi Rangel, yang menolak bola muntah selepas penjaga gol Harimau Muda C, Ahmad Syihan Azmi gagal menangkap kemas sepakan bebas Abdul Hadi pada minit ke-51.

Pemain Brazil, Junior menambah jaringan pada minit ke-72 selepas merembat hantaran kemas Abdul Hadi.

 

J Category: 
uncategorised6